Tuesday, May 12, 2009

..:: KBM SM Teknik Tuanku Jaafar ::..

Abang Bai bergambar bersama Praba ( Kiri ) dan Kumar ( kanan ), mereka berdua ini merupakan ahli baru Kelab Remaja JIM. Tahniah!!!

“ abg bai, kalau saya mahu jadi ahli KRJ boleh ke? “ Tanya salah seorang peserta india yang lebih selesa dgn panggilan Praba. Jawab saya “ boleh, ambil borang KRJ dan isikan ye “…

Itulah diantara dialog yang tidak dapat saya lupakan selepas tamat mengendalikan program Keindahan Bersama Mu ( KBM ) di Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan. Program tersebut telah diadakan pada 9 & 10 Mei 2009 bertempat di Dewan Besar Sekolah Menengah Teknik Tuaku Ja’afar.


Serius!! Praba sedang mengisi borang keahlian KRJ, dan membayar wang keahlian terus. Ini merupakan tindakan pelajar yang Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa.

Seramai 94 peserta dari tingkatan 5 telah mendaftarkan diri termasuk 2 orang peserta bukan muslim & berbangsa india. Program ini adalah anjuran SMT tuanku Ja’afr dengan kerjasama Kelab Remaja JIM Negeri Sembilan. Turut membantu bagi menjayakan program KBM kali ini ialah pasukan KBM KL yang didatangkan khas dari Kuala Lumpur.

Rentetan dari program ini, pihak KRJ On 9 telah menerima beberapa lagi undangan program KBM untuk diadakan di sekolah-sekolah di sekitar negeri Sembilan. Pihak sekolah SMTTJ juga berhasrat untuk mengadakan program KBM ini untuk pelajar-pelajar tingkatan 4 pula.

Apa yang lebih menarik perhatian, 2 orang peserta bukan muslim & berbangsa india iaitu Adik Praba & Kumar telah pun mendaftarkan diri menjadi ahli Kelab Remaja JIM. Ia merupakan sejarah manis buat Kelab Remaja JIM.


Sempat kami bergambar beramai-ramai bersama peserta KBM. Semoga segala yang dilaksanakan mendapat barakah dari Allah swt.

Tahniah kepada semua pengendali KBM KL, Team KRJ On 9 ( KRJ N.Sembilan), JIM Negeri Sembilan, Ketua Wanita JIM N.Sembilan, serta semua pihak yang terlibat.


Bai : Pertama Kali BerKBM di Negeri Sembilan :-).



Tuesday, May 5, 2009

..:: KBM SMK BANDAR, BINTULU ::..


assalamualaikum wrt.

alhamdulillah, minggu yang lalu yakni pada 1 & 2 Mei 09, abg bai bersama abg amin telah terbang ke Bintulu menaiki belon untuk bersama dengan 97 orang peserta KBM Remaja dari SMK Bandar, Bintulu, sarawak. Program KBM kali ini telah diaadakan di Pusat Islam UPM kampus Bintulu.

wajah-wajah ceria peserta lelaki

wajah kegembiraan peserta perempuan.

salah seorang peserta berkongsi tentang perubahan dirinya.

para fasilitator yang banyak membantu menjayakan KBM kali ini, ada dikalangan mereka ini pernah saya santuni semasa tahun lalu.

sedikit laporan dari saya.