Wednesday, January 28, 2009

...::: KBM De' Kemaman :::... ( 26 & 27 Jan 09 )

assalamualaikum wrt.

alhamdulillah, pada 26 & 27 Jan 09 yang lalu, KBM EXCELLENCE dgn kerjasama Kelab Remaja JIM Kemaman telah mengadakan Program Keindahan Bersama Mu ( KBM ) khas utk remaja sekitar daerah Kemaman bertempat di Institut Integriti Telok Kalong Kemaman. Mewakili KBM EXCELLENCE ialah abg bai, kak nina, abg fared & kak mia.

Program dimulakan dengan celoteh dan mind setting oleh abg bai, seramai 84 orang peserta telah mendaftar untuk bersama melalui pengembaraan KBM kali ini.

Turut membantu KBM kali ini ialah Fasiltator yang terdiri drpd abg-abg & kakak2 Karisma serta Mu'allim & Mu'allimah dari Al Amin Kemaman. Hampir 20 orang fasilitator yang membantu kali ini. Kesemuanya amat berbakat dan cemerlang belaka.

di antara aksi peserta, melakukan sesuatu yang barangkali jarang mereka lakukan, tetapi amat bermakna jika berjaya dilakukan.

Mengimbas masa lalu, zaman kanak-kanak, bermain pok amai-amai...

ini dia juara pok amai-amai peringkat daerah kemaman yang akan mewakili daerah ke peringkat Negeri :-)

Ini pula aksi beramai-ramai, pelbagai idea & persembahan yang cukup unik berjaya di berikan oleh peserta kali ini.

tidak kurang juga utk peserta yang bertudung labuh, berjaya mempamerkan aksi yang menarik & menyerlah jauh. Semua ini di lakukan semasa slot Knowing Me & Knowing You. Kemudian selepas zohor disambung pula dengan slot IN-TEAM. Pada sebelah malamnya diteruskan dengan Meniti Angin Malam 1 & 2.

Pada hari berikutnya, terdapat slot Selari, di mana terdapat Slot utk Ibu Ayah & slot utk peserta yang di asingkan tempatnya.

Kelihatan para ibu & bapa yang khusyuk mendengar perkongsian semasa slot " Menyemai Kasih Menuai Sayang " yang disampaikan oleh Abg Bai.

di sudut yang lain pula, peserta sedang bersama kak nina utk slot Time To Transform ( 3T ) atau lebih mudah dengan perkataan Hijrah.

di antara Resipi untuk mengekalkan hijrah ataupun perubahan yang telah kita gariskan adalah dengan berkongsi perubahan itu bersama sahabat2 kita. Kelihatan seorang peserta sedang berkongsi akan hijrah yang dilakarkan nya.

Barisan peserta yang telah bersedia utk bersama dengan ibu & ayah.

Beginilah kasih seorang ayah muda...

begini lah pula bukti seorang ayah Senior...

kasih Ibu & Ayah tiada berbelah bagi...

saya sayangkan emak....

Beginilah keadaannya apabila ibu & ayah peserta yang tidak dapat bersama dalam program ini, barangkali mereka ada kekangan yang tidak dapat dielakkan.

inilah bukti kasih & sayang seorang ibu kepada anak2 nya...

di akhir sesi pertemuan, kami memberi peluang untuk peserta berkongsi tentang apa yang dirasai & apakah yang akan dilakukan selepas ini.

alhamdulillah, tepat jam 1.45 pm, pesawat KRJ telah pun berjaya mendarat dan berjaya menurunkan penumpang dengan selamatnya. Pihak kami mengucapkan syabas & tahniah kepada para peserta yang telah berjaya menjadi peserta yang sangat taat & patuh kepada arahan juruterbang pesawat.

Di akhir program, kami juga telah mengadakan kutipan sumbangan utk palestine, dan jumlah terkumpul ialah sebanyak RM 1105. Jazakumullahu khairan Kathira diucapkan atas sumbangn yang diberikan.

Friday, January 23, 2009

Islamic Hijri Calendar

...::: Diari Hujung Minggu Ini :::... ( 24 - 27 Jan 09 )

salam...

semoga sahabat-sahabt semua berada dalam lembayung Rahmat Allah swt.
hujung minggu ini pengembaraan akan diteruskan ke 2 program KBM.

  • KBM di SMI AL AMIN Dungun Terengganu ( 26 & 27 Jan 09 )
  • KBM di SM Teknik Jasin ( 24 & 25 Jan 09 )
doakan abg bai, kak nina, kak Mia & abg Fared selamat sampai di dungun Terengganu.

Wednesday, January 21, 2009

...::: KBM Guru-Guru Al-Amin Bangi :::...

alhamdulillah, pada 17 & 18 Januari 2009 yang lalu, kami berkesempatan untuk melaksanakan program Keindahan Bersama Mu bersama 70 guru-guru Al-Amin Bangi dan 15 orang guru tadika. Program tersebut kami adakan di Nur Sungai Merab. Pada saya, lokasi program amat bertepatan dengan ciri2 yang program KBM perlukan.

Program dimulakn dengan ucapann alu-aluan oleh Tuan Haji Ridhuan Bin Jaafar, selaku salah seorang lembaga pengelola SRI/SMI Al-Amin Gombak, apa yang menariknya, lembaga pengelola turut serta menjadi peserta dan bersedia meletakkan dirinya sebaris dgn peserta-peserta lain. Subhanallah!! mabruk ....

program kemudiannya diteruskan dengan pembukaan oleh Pak lang, dan dibantu oleh abang Bai.

Program kali ni dibantu oleh KBM Team Kuala Lumpur yang diketuai oleh Pak Kay, dan dibantu oleh Pak Am, Abg zam, pak ndak, akh kamal & akh Farid.

tidak ketinggalan fasi perempuan juga rata-rata dari Team KBM KL, iaitu Kak Nurul, Kak Asyi, kak IM , kak Mia, kak NIna, mak ndak & mak Lang dari johor.

kelihatan seorang peserta sedang melakukan aksi yang luar biasa. " baut apa tu bang ? "

adakalanya, peserta akan mencatat, adakalanya perlu mendengar...dan yang pastinya terus mengamalkan...

Doa merupakan perkara paling asas di dalam kehidupan seorang Muslim...teruskan berdoa...

dan berdoalan dengan bersungguh-sungguh, Minta & rayulah dengan penuh penghayatan.

Berpasukan!!! pasti kamu tidak akan keseorangan...

adakalanya, sesuatu ungkapan itu tidak bisa kita luahkan dalam kata-kata, tetapi ia masih bisa di dalam bingkisan catatan...


Perkongsian demi perkongsia, untuk berubah, anda perlu berkongsi tentang perubahan yang ingin anda lakukan kepada sahabat2 anda..

kasih sayang, mahabba, mawaddah, itulah yang cuba kami terapkan, semoaga ungkapan " saya sayangkan kamu lebih dari diri saya sendiri " menjadikan kita insan yang sentiasa "ithar " dalam kehidupan harian...

sehingga berjumpa lagi............

Friday, January 16, 2009

...::: Diari Minggu Ini ( 16 - 18 Jan 09 ) :::...

alhamdulillah, Keindahan Bersama Mu akan terus menyerlah pada hujung minggu ini di tiga lokasi program , iaitu :

- KBM Guru-Guru Al-Amin Bangi
- KBM SRI Al Amin Keramat
- KBM SMK Sungai Manik

mohon doa sahabat2 semua, agar program berjalan lancar.


bai : hujung minggu ni berKBM di Bangi....

Friday, January 9, 2009

..:: Diari Hujung Minggu Ini ::... ( 10 & 11 Jan 09 )


assalamualaikum...

Diari KBM hujung minggu ini, MRSM Jasin di Melaka menjadi Pembuka program KBM bagi sesi 2009. InshaAllah team melaka akan mengendalikan 400 orang pelajar dalam KBM kali ini.

KBM MRSM Jasin ( 10 & 11 Jan 09 )

ayuh kita doakan team melaka agar dapat yang terbaik.

bai : akan ke melaka sekejap lagi.