Showing posts with label BERITA. Show all posts
Showing posts with label BERITA. Show all posts

Tuesday, May 13, 2008

KBM raikan Sambutan Hari Ibu

Alhamdulillah, detik bersejarah buat KBM kali ini ialah apabila KBM berjaya meraikan sambutan Hari Ibu. sambutan diadakan semasa slot bersama ibu bapa di program KBM SMK Meru klang.

Suasana sayu dan hiba menyelubungi dewan SMK Meru, tatkala lagu Buatmu Ibu ( nyanyian ae-man ) dinyanyikan bersama-sama, kemudian para ibu di kejutkan dgn Kad Selamat Hari Ibu yang disediakan oleh para peserta sendiri.

- Para Pengendali & fasilitator KBM di SMK Meru Klang. -
Salah satu Contoh kad Selamat Hari Ibu yang disediakan oleh para peserta KBM SMK Meru. Kelihatan gambar " mama" dan "Adik" dilukis dengan cantik di dalam Kad Selamat Hari Ibu.

Suasana Hiba Dan Sayu Tatkala para ibu menerima kad selamat hari ibu dari para peserta.

Di kesempatan itu juga pihak KBM ingin mengucapkan...

" SELAMAT HARI IBU " buat semua ibu yang telah banyak berkorban mendidik dan mengasuh kami, anak-anak mu...

Friday, May 9, 2008

KBM Versi Belia di Kem Tok Sakah...

alhamdulillah, segala pujian bagi Allah swt, pada 26 & 27 April yang lalu, satu lagi program KBM Versi Belia telah berjaya diadakan di Kem Tok Sakah, Perak. Sambutan peserta yang diluar jangkaan di saat-saat akhir itu telah menjadikan KBM Belia kali ini sebagai satu memori indah buat semua peserta.

Peserta KBM Belia Wanita sedang menunaikan solat di kawasan lapang, di atas pasir pantai.
Peserta KBM Belia lelaki sedang melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah.

harapan kami kepada semua peserta, agar terus istiqamah menjadi insan yang terus menyerlah jauh dari yang biasa, semoga hubungan indahnya bersama Allah, Rasulullah, ibu bapa dan sahabat-sahabat akan terus kekal selamanya.

berikut di lampirkan beberapa komen peserta KBM Versi Belia di Kem Tok Sakah.

Baru sekejap tadi peserta yang saya bawa ke program datang ke kedai saya bertanya, "En Zain... Bila ada KBM Belia lagi? Saya nak hantar adik saya pulak!". Di hujung program Ahad baru-baru ni pun ada staf PKEINPk (anak buah En Yahanis) yang beritahu Isteri Saya, "Next program bagitau ye... saya nak ajak suami saya datang". Bos PKEINPk pula dah nyatakan kepada En Yahanis, "Kita akan hantar lagi peserta pada program akan datang"; Pengurusan NADI AGROBUSINESS di Manjung pun dah beritahu, "Kami akan hantar 20-30 orang lagi untuk KBM yang akan datang". Tambah dua tiga lagi syarikat besar dan agensi kerajaan, insyaAllah next KBM akan ada bilangan peserta yang cukup ramai.

Semoga semua peserta mendapat apa yang dihajatinya di dalam program Keindahan Bersama Mu ini.

Thursday, April 24, 2008

Pembuka Kata Dari Xifu KBM

Keindahan bersama mu .. namanya sendiri telah menggambarkan apa yang boleh diharapkan setelah melalui program ini, Keindahan Bersama mu ringkasnya KBM.

Program ini merupakan satu pengembaraan melihat peranan kita sebagai hamba Allah, melihat cinta kita dengan kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW, juga menyingkap hati kita merenung sejenak diri kita sebagai seorang anak, ibu atau ayah, teman, suami mahu pun isteri. Dalam kesibukan agenda harian, barangkali kita terlupa mahu pun terlalai untuk duduk menegur diri kita hinggakan barangkali hati hati yg tidak dimuhasabah seringkali boleh menjadi keras dan kita pula terus tertipu merasakan diri kita dalam keadaan selamat sedangkan maut menungggu kita pada bila bila masa sahaja. Kealpaan menghisab diri barangkali membawa diri kita akhirnya tidak terkesan hati apabila melihat segala ciptaan Allah, tidak teruja beramal apabila mendengar ayat ayat syurga Allah, lebih malang tidak pula gentar hati apabila mendengar neraka Allah dan lebih membimbangkan kita terus mengulangi kesilapan yang sama setiap hari, tambah menggerunkan tidak merasa berdosa apabila melakukan dosa.

KBM sebagai satu penerbangan akan membawa penumpang nya sama sama merenung sekeping hati yang Allah anugerahkan kepada setiap diri kita ada tak perasaan cinta pada Rasul itu atau kita merasakan biasa biasa saja. Tak tersentuh pun hati kita bila mendengar perkataan Rasul itu, apatah lagi cara hidup nya dan lebih besar lagi perjuangan Rasululah SAW.

Cinta pada Allah, Cinta pada Rasul kemudian baru lah cinta kita pada yang lain . KBM membawa kita merenung dan menghisab akan segala jawatan yang ada pada diri kita samada yang diperolehi, yang di cari, yang dianugerahkan, yang tidak boleh kita tolak merenung kesilapan dan meletakkan satu azam baru dalam memenuhi tempuh riben kehidupan yang belum pasti panjang pendeknya.

Tanpa mengira siapa anda, pelajar sekolah rendah atau menengah, pekerja, pengurus, pekerja dakwah, guru, penggerak surau dan masjid, yang belum Islam, aktivis politik, semua peringkat ini pernah melalui KBM. Satu program yang boleh diubahsuai untuk pelbagai peringkat kefahaman pemikiran, umur dan kedudukan dalam masyarakat.

Sekalung penghargaan buat semua yang telah bersama berjuang untuk menyumbang dalam program ini; tenaga, masa, wang ringgit, idea. Ya semua kita telah menyumbang tanpa mengharapkan apa apa imbuhan dan kepuasan kita ialah bila hidayah dan nur itu tersiram di atas setiap insan yg berKBM dengan kita itulah satu KEINDAHAN yg tidak terbayang INDAH nya.

Terima kasih kepada isteri ku yang sentiasa menyokong.

Terima kasih kepada semua sahabat seperjuangan dalam Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) yang telah bersama; Pak Long, Pak Uteh, Pak Man yang menjadi pencetus utama peringkat awal program KBM ini.

Juga rakan rakan di Johor Pak Tam, Pak De, Pak Anjang, Abu Nuha, Pak Im, Pak Kay, Pak Chu, Pak Ngah, Fidah, Rozita, Anie, Yatie, Ida, Mus, Yeop dan Bai yang telah sama sama memperkayakan modul KBM ini.

Bermula di Johor sehingga hari ni KBM telah pun bertapak di Perak, Melaka, Penang, Kedah, Kelantan, Kuala Lumpur dan Selangor. Terima kepada semua rakan rakan yang sedang berjuang di negeri tersebut. SAYA SAYANG ANDA SEMUA.

Moga kita terus merasakan :

INDAH BERSAMA ALLAH

INDAH BERSAMA RASUL

INDAH BERSAMA KELUARGA KITA

INDAH BERSAMA TEMAN DAN SAHABAT.

TERUS MERASA INDAH DALAM PERJUANGAN KITA.

Tuan Haji Mokri Sabran@ Pak Lang
Khamis 24 April 2008
Pasir Gudang