Friday, February 27, 2009

..:: Diari Hujung Minggu Ini ::... ( 28 Feb & 1 Mac 09 )

assalamualaikum wrt....

Hujung minggu ini, negeri perlis bakal membuka tirai prgm KBM nya di Kolej komuniti Arau, Perlis. Alhamdulillah Allah swt telah memberi peluang & membuka ruang untuk KBM melebarkan sayapnya di hujung Utara Malaysia itu.

Diantara program KBM yang bakal berlangsung hujung minggu ini:
  1. KBM Kolej Komuniti Arau, Perlis
  2. KBM SMK raja Muda, Perak
  3. KBM Sek Islam ADNI, selangor
ya Allah, kau permudahkanlah segala urusan sahabat-sahabat kami ini ya Allah....

bai : pengendali KBM EXCELLENCE, yakni abg bai, baru menerima cahaya mata nya pada 24 Feb 2009. tahniah diucapkan.

Monday, February 23, 2009

..:: KBM Karisma Petaling Jaya ::.. ( 21 & 22 Feb 2009 )

alhamdulillah, pada 21 & 22 Februari yang lalu, kami diberi amanah utk melaksanakan prgm keindahan bersamam mu bersama dengan pelajar-pelajar IPT dari Koleh MAHSA & Kolej Taylor. Seramai 49 orang peserta telah mendaftarkan diri.

program kali ini dibantu sepenuhnya oleh team KBM Kuala Lumpur yang diketuai oleh Pak Kay, abg bai selaku pengendali kali ini turut sama menjayakan program yang diadakan di Masjid saidina Abu Bakar bangsar. Turut sama membantu ialah kak Nina, Kak Sodd, abg Ridhuwan, pak Ndak & Pak Long.

Kelihatan, para peserta bersungguh-sungguh melakukan arahan yang diberikan, peserta lelaki kali ini memang cukup mesra.

tidak kurang juga peserta perempuan, mempersembahkan army yell masing-masing dengan penuh kerjasama.

peserta perempuan yang senantisa fokus & memberi perhatian yang sepenuhnya, telah memudahkan perlaksaan program KBM .

Gelagat peserta lelaki yang " sempoi " kadangkala meriuhkan suasana program KBM kali ini.

sempat abg bai bergambar dengan peserta-peserta lelaki yang juga rata2 bakal Jururawat di hospital-hospital kerajaan.

bai : kolej Mahsa merupakan Kolej swasta yang menawarkan kursus Nursing.

Monday, February 16, 2009

..:: KBM UITM SEGAMAT ::.. ( 14 & 15 Feb 2009 )

alhamdulillah...

Hujung minggu yang lalu kami sempat berprogram bersama para mahasiswa UiTM Segamat, program telah berjaya dilaksanakan oleh abg bai, kak IM, kak Sodd, kak Yong & Abg Fared.
Seramai 35 ++ peserta telah berjaya bersama-sama kami di dalam prgm Keindahan Bersama Mu ini...

Program ini dadakan dengan kerjasama INSOFT ( Islamic Society Of United Teenagers ), yakni wadah karisma di UiTM Segamat....


Sesi Knowing Me Knowing you membuka tirai KBM kali ini...


Konsep kasih sayang terus diterapkan kepada para peserta.


kemudian diteruskan dgn Nikmat Oh Nikmat....


" Ya Allah, tidak dapat aku bayagkan jika kau menarik nikmat2 yang telah kau berikan kepada ku ini "...


Selepas zohor, program diteruskan dengan slot Inteam...


" Selama ini ku mencari-cari teman yang sejati buat menemani perjuangan suci "


" saya sayangkan awak...lebih dari diri saya sendiri...."


Slot meniti angin malam, dikendalikan oleh pak uteh Johor...thanks pak uteh...


Para peserta lelaki bersama aksi masing2...


pada hari kedua...diteruskan dgn Hijrah & lafaz yang tersimpan....


Program ditutup dengan ucapan dari YDP JIM SEGAMAT, Ust Suhaimi...

" kami mengharapkan agar anda semua dapat menjadi tangan-tangan, badan-badan, serta tenaga-tenaga kami utk terus bersama dengan masyarakat di luar sana "...


Program disudahi dengan " Doa Perpisahan "...


Sedikit kenang Kenangan dari KBM.....

Friday, February 13, 2009

...::: Diari Hujung Minggu Ini :::... ( 14 & 15 FEB 09 )

assalamualaikum wrt....

menemui sahabat-sahabat sekalian, InshaAllah hujung minggu ni kami akan meneruskan pengembaraan di 3 lokasi iaitu :
  1. KBM UiTM Segamat
  2. KBM SMK GELIGA , Kemaman.
  3. KBM Aktivis Karisma Zon Utara.
Ya Allah tuhan yang telah menciptakan seluruh alam ini, limpahi lah kami dgn rahmat dan kasih sayang mu, permudahkan lah segala urusan kami, lancarkan lah tutur kata bicara kami, teguhkan lah hati kami & luruskan lah niat di hati kami...

Friday, February 6, 2009

...::: Diari Hujung Minggu Ini :::... ( 7 & 8 FEB 09 )


alhamdulillah...

segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam, Tuhan yang telah menciptakan bumi, tuhan yang telah menciptakan segala keindahan ini...

Minggu ini, program keindahan bersama mu akan diteruskan dgn 3 program iaitu :
  1. KBM di SMK Permas Jaya 3
  2. KBM di SM Sains Muzaffar Shah ( MOZAC )
  3. KBM di SMK Munshi Abdullah, Sabak Bernam.
dalam masa yang sama, beberapa penggerak KBM akan bermuzakarah di UIAM Gombak bagi memacukan lagi usaha-usaha dakwah di bumi malaysia ini..inshaAllah..

salam perjuangan buat sahabat-sahabat di Perak...semoga Allah merahmati kalian.