Wednesday, January 28, 2009

...::: KBM De' Kemaman :::... ( 26 & 27 Jan 09 )

assalamualaikum wrt.

alhamdulillah, pada 26 & 27 Jan 09 yang lalu, KBM EXCELLENCE dgn kerjasama Kelab Remaja JIM Kemaman telah mengadakan Program Keindahan Bersama Mu ( KBM ) khas utk remaja sekitar daerah Kemaman bertempat di Institut Integriti Telok Kalong Kemaman. Mewakili KBM EXCELLENCE ialah abg bai, kak nina, abg fared & kak mia.

Program dimulakan dengan celoteh dan mind setting oleh abg bai, seramai 84 orang peserta telah mendaftar untuk bersama melalui pengembaraan KBM kali ini.

Turut membantu KBM kali ini ialah Fasiltator yang terdiri drpd abg-abg & kakak2 Karisma serta Mu'allim & Mu'allimah dari Al Amin Kemaman. Hampir 20 orang fasilitator yang membantu kali ini. Kesemuanya amat berbakat dan cemerlang belaka.

di antara aksi peserta, melakukan sesuatu yang barangkali jarang mereka lakukan, tetapi amat bermakna jika berjaya dilakukan.

Mengimbas masa lalu, zaman kanak-kanak, bermain pok amai-amai...

ini dia juara pok amai-amai peringkat daerah kemaman yang akan mewakili daerah ke peringkat Negeri :-)

Ini pula aksi beramai-ramai, pelbagai idea & persembahan yang cukup unik berjaya di berikan oleh peserta kali ini.

tidak kurang juga utk peserta yang bertudung labuh, berjaya mempamerkan aksi yang menarik & menyerlah jauh. Semua ini di lakukan semasa slot Knowing Me & Knowing You. Kemudian selepas zohor disambung pula dengan slot IN-TEAM. Pada sebelah malamnya diteruskan dengan Meniti Angin Malam 1 & 2.

Pada hari berikutnya, terdapat slot Selari, di mana terdapat Slot utk Ibu Ayah & slot utk peserta yang di asingkan tempatnya.

Kelihatan para ibu & bapa yang khusyuk mendengar perkongsian semasa slot " Menyemai Kasih Menuai Sayang " yang disampaikan oleh Abg Bai.

di sudut yang lain pula, peserta sedang bersama kak nina utk slot Time To Transform ( 3T ) atau lebih mudah dengan perkataan Hijrah.

di antara Resipi untuk mengekalkan hijrah ataupun perubahan yang telah kita gariskan adalah dengan berkongsi perubahan itu bersama sahabat2 kita. Kelihatan seorang peserta sedang berkongsi akan hijrah yang dilakarkan nya.

Barisan peserta yang telah bersedia utk bersama dengan ibu & ayah.

Beginilah kasih seorang ayah muda...

begini lah pula bukti seorang ayah Senior...

kasih Ibu & Ayah tiada berbelah bagi...

saya sayangkan emak....

Beginilah keadaannya apabila ibu & ayah peserta yang tidak dapat bersama dalam program ini, barangkali mereka ada kekangan yang tidak dapat dielakkan.

inilah bukti kasih & sayang seorang ibu kepada anak2 nya...

di akhir sesi pertemuan, kami memberi peluang untuk peserta berkongsi tentang apa yang dirasai & apakah yang akan dilakukan selepas ini.

alhamdulillah, tepat jam 1.45 pm, pesawat KRJ telah pun berjaya mendarat dan berjaya menurunkan penumpang dengan selamatnya. Pihak kami mengucapkan syabas & tahniah kepada para peserta yang telah berjaya menjadi peserta yang sangat taat & patuh kepada arahan juruterbang pesawat.

Di akhir program, kami juga telah mengadakan kutipan sumbangan utk palestine, dan jumlah terkumpul ialah sebanyak RM 1105. Jazakumullahu khairan Kathira diucapkan atas sumbangn yang diberikan.

1 comment:

ahlam said...

assalamualaikum..
saya student dari smk sultanah asma..
saya ingin mendapatkan gmbar dan video2 yg telah dirakm oleh pihak krj kedah..
permohonan ini dipinta oleh semua student form3 sultanah asma.
saya berharap sgt sgt agr permintaan ini ditunaikan....
jika ada maklum balas ..
hantarkan kepada email saya.
ahlamsasband@ymail.com..
coment ini saya harap abg sobri bin ismail..saya xberapa nk pasti nma ni..\tp nma pngglan nya acu2(square)..hehe~
saya harap kamu dapat coment saya ini secepat mungkin..
thanks~
from ahlam form3 smk sultanah asma.