Friday, June 26, 2009

..:: KBM Versi 2 ::..

alhamdulillah...

pada 20 & 21 Jun yang lalu, pihak JKPRB bersama dengan KRJ Johor telah melaksanakan satu modul KBM yang baru yakni KBM Versi 2. Program ini merupakan yang pertama diadakan di Malaysia. Objektif utama program ini adalah lebih kepada amal fardhi. Program ini telah diadakan di Sekolah Menengah Teknik Johor bahru, seramai 150 orang pelajar telah menjadi peserta kali ini.


Diantara slot yang telah diadakan ialah " I Know You, you Know Me, Nikmat Oh Nikmat !!, Explore De Quran, Kantong Bocor, Hati!! Hati! Hati!!, Kiri & kanan, Prestasi Cemerlang, Usrah Dihatiku & Inteam Advance.


Kebanyakan slot dalam program ini telah dikendalikan oleh pak lang selaku pengendali utama KBM dan dibantu oleh abg yeop, pak im dan abg bai.


Kepelbagaian cara & kaedah yang baru telah diketengahkan dalam program ini, antaranya adalah sesi rumusan yang dibuat secara Grouping. Ianya lebih berkesan dan lebih mantap berbanding Rumusan secara one man show.


Unsur-unsur spiritual turut ditekankan di setiap hujung slot. Ini akan menambahkan lagi semangat serta kesedaran peserta terhadap amal-amal fardhi mereka yang kian mundur.


Ikatan ukhwah turut diperhebatkan lagi menerusi slot Inteam & naynyain lagu MANIS.


gambar di atas, kelihatan 2 tangan saling menggenggam antara satu sama lain, ini adalah salah satu contoh ukhwah yang sejati, yang tiada tolok bandingnya. Ikatan ukhwah ini akan terus menerus di ikat melalui program usrah di hatiku yang akan dijalankan setiap minggu.

akhir sekali, pihak JKPRB & KRJ Johor mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan program KBM Versi 2 ini. Semoga amal usaha kita bakal mendapat rahmat dan redha Allah Kelak.

2 comments:

Unknown said...

KBM 2 da ready untuk bertebaran kat 1 malaysia?

Unknown said...

bila dgr mmg best..
tp klu join lg besh..
KBM versi 2 bila na landing kat melaka?
kat perlis ke...
weee...