Tuesday, October 13, 2009

..:: KBM SM TEKNIK PORTDICKSON ::..

Salam,

Alhamdulillah ,selesai sudah KBM SMTPD pada pukul 2.00 tgh semalam..Bersemangat sungguh Pak Lang...betul kata Bai,Pak Lang macam ada semangat baru....power sungguh penyampaian Pak Lang kali ni..sehingga boleh mengalahkan ceramah2 yang di buat semasa PRK Bagan Pinang ...Walaupun kami tak dapat pergi ke PRK Bagan Pinang,sedikit pun tidak melemahkan semangat kami untuk berjuang di KBM SMTPD ini...

Dalam KBM kali ini ramai juga yang jadi ahli KRj.Kemungkinan dengan menjadi ahli KRJ sewaktu program ini ,akan turut menambahkan keahlian ahli KRJ di negeri-negeri yang lain kerana pelajar SM Teknik PD ini datang dari pelusuk tanah air.Umi masih belum mendapat figure yang sebenar berapa yang dah menjadi ahli tetapi UMi perasan seorang ibu mengambil 4 keping borang Krj untuk anak-anaknya dan ramai lagi yang memegang borang KRj di tangan....3 orang peserta datang berjumpa Umi.."Umi,kami nak jadi ahli ..tapi tak ada duit nak bayar masa ni.."Umi kata tak pe...nanti boleh register on line...nanti cuba buka website krj yang ada kat buku program...

Yang lucunya...fc pun nak jadi ahli KRJ...Umi kata.."Krj untuk pelajar sekolah menengah aje...kalau nak jadi ahli, jadilah ahli Karisma !"...oh,ada ke Umi..? Ada...kalau join Karisma,lagi banyak pgm yang boleh di ikut." Umi mula kempen...hmm pelajar TPM dah berminat nak join Karisma...ni Bai boleh uruskan ni.


Jazakallahu khairan katheera di atas bantuan antum...Hanya Allah sahaja yang layak membalas segala sokongan dan bantuan yang antum sumbangkan..



No comments: