Monday, August 18, 2008

KBM Belia Selangor

alhamdulillah, bersyukur kepada Allah swt, dengan limpah dan kurnianya, pada 16 & 17 ogos 2008, satu lagi program KBM Belia telah dianjurkan di Negeri selangor. Kehadiran pengendali KBM kali ini ialah Pak lang, abg Bai dan Amin Mokri, juga turut dubantu oleh penggerak Kelab Belia JIM ( KBJ ) Selangor serta JIM Selangor.

Se ramai 56 orang peserta telah berjaya dikumpul dan diprogram kan selama 2 hari satu malam. ayuh kita susuri pengembaraan KBM Belia ini melalui gambar-gambar yg telah disediakan.

Ini adalah gambar Bilik Urusetia ( gabungan 3 Istana ), kemudian gambar lokasi program KBM Belia Selangor, dan gambar Banner KBM Belia yang sentiasa Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa.

Buku Prgram KBM Belia JIM Selangor.

beberapa objektif, pendekatan dan pra-syarat program telah dibentangkan di awal sesi program tersebut, dan salah satu pra-syarat ialah tentang kepentingan BERDOA.

Ice Breaking antara KBJ dengan peserta KBM Belia...

Terus memecahkan Ice-Ice antara peserta dan KBJ. Kelihatan beberapa peserta terlalu seronok dengan aktiviti yg diketengahkan.

Modul 2 program KBM Belia, aktiviti yang menyeronokkan dan menyedarkan tentang kepentingan utk bersyukur atas anugerah yg Allah Kurniakan.

aksi demi aksi terus diperlihatkan, peserta semakin yakin dan bersungguh dalam melaksanakan arahan yang diberikan.

tidak puas beraksi di dalam dewan, peserta diberi peluang utk ber"Explorace" di Bukit Unggul.

Beban atau amanah yang dipikul oleh peserta ini. Kebersamaan dan bersatu padu adalah asas kejayaan.

Terus Menyusuri onak liku tanpa rasa jemu. Menyusuri jalan kampung menuju ke Bukit Unggul.

inilah dia belia-belia tunggak negara, belai-belia pewaris agama, berjuang membawa batu-batu tanpa jemu!!!

dari jalan yang rata, mendaki pula ke atas puncak.

walaupun penat, sempat menghulurkan salam ceria.

seusai mendaki, menuruni pula curam-curam yang merbahaya, berhati-hati sahabatku...

Rintangan demi Rintangan dilalaui, tugasan mencabar sentisa menanti peserta!!!

subhanallah, tidak dapat digambarkan betapa agung nya ciptaan Allah, peserta diminta melaksanakan solat asar berjemaah berlantaikan tanah. ( dari tanah kita dtg, kepada tanah kita kembali )

Seluruh ciptaan Allah, langit, Bumi, Tumbuhan dan haiwan menyaksikan doa-doa yang diminta oleh peserta-peserta KBM Belia.

hari kedua, slot yang terakhir, pelbagai pengajaran, perkongsian dan luahan telah dirasa bersama, tautan kasih sayang antara semua telah tercipta, pelukan ini menjadi satu bukti betapa indahnya ukhwah sesama kita.

teman sejati, adalah teman yang senantiasa bersama kita suka dan duka, dialah teman yang akan bersama-sama dgn kita menuju ke Syurga.


Perubahan demi Perubahan telah ditulis dan dijanjikan, sebagai tanda dan bukti bahawa sesungguhnya peserta-peserta KBM Belia ini benar-benar mahu berubah, seramai 32 orang peserta telah mengisi dan bersedia menjadi ahli JIM.

program ditamatkan dengan acara salam dan peluk, airmata membasahi antara kami satu sama lain, terasa perit dan pedihnya hati ini apabila terpaksa berpisah membawa haluan masing-masing, ingatlah sahabat ku...Bertemu dan Berpisah, hanyalah kerana Allah.

program KBM Belia tamat pada jam 1.40pm.

1 comment:

Antara Mata, Hati dan Minda Perkasa said...

Assalamualaikum,

Bagus sekali tugasan kalian kerana baru semalam selesai program, ini hari sudah ada tersiar di dalam blog.

Sebenarnya keindahan bersamamu adalah sesuatu yang indah.

Rancangan yang dirancang walaupun sedikit tergugat dengan prubahan mendadak di atas perkara yang tidak diduga atau dirancang memberikan satu input yang bagus untuk selesaikan setiap tugasan program

Untuk pak lang... tahniah atas gerakkan yang diberikan sebagai nadi utama program.

Kepada KBM KL, walaupun pada peringkat awalnya nampak tidak betul-betul bersedia dgn sedikit kelam kelibut tapi pada akhirnya program angin malam berjalan dgn lancar....

Program kali ini memberikan kefahaman kepada saya erti 2 perkataan yang berbeza yang mana 2 perkataan ini membezakan 2 makna dan 2 tindakan yang sebelum ini, saya agak sedikit confuse sejak tahun 1993 lagi iaitu

a) Aktivis / Penggerak JIM yang terlibat aktif dalam dakwah selepas JIM ditubuhkan (yang mana sedar tentang dakwah melalui JIM) DENGAN

b) Aktivis dan penggerak JIM yang telahpun aktif dalam dakwah sebelum JIM ditubuh


Kesedaran perbezaan ini merapatkan saya untuk lebih memahami JIM dengan lebih dekat.

wallahu'alam