Wednesday, December 31, 2008

...::: KBM SSQ 5R :::.... " Misi Penerbangan Selama 76 Jam "....

alhamdulillah, selama 4 hari 3 malam kami telah berkampung di Masjid Muaz Bin Jabal untuk menjayakan program KBM SSQ 5R. Seramai 104 orang peserta telah mendaftarkan diri dan seramai 20 orang crew pesawat telah membantu sepanjang misi penerbangan kali ini.

kelihatan Kak Mia sedang sibuk menjaga pendaftaran peserta, rata2 para penjaga akan menghantar 2 orang anak mereka di dalam program ini.

Kelihatan para peserta yang juga merupaka tiga orang adik beradik sangat bersemangat utk bersama dengan crew Kelab Remaja JIM

aksi selamber dari peserta menaikkan semangat kami utk terus bersama peserta, walaupun majoriti dari mereka ini tidak kenal antara satu sama lain, tetapi mereka tetap mampu melakukan semua aktiviti dgn baik.

slot kedua iaitu Mission Impossible, menyaksikan para peserta yang kreatif & Inovatif di dalam mereka sesuatu perkara.

Xplorace@KL.com.my telah menyaksikan bahawa semangat berkumpulan & pentingnya kita BERMANFAAT pada orang lain adalah asas kejayaan.

para peserta sedang menantikan LRT Putra untuk meneruskan Misi Xplorace di sekitar bandar Kuala Lumpur.

para fasilitator yang tabah & cekap mengendalikan peserta. Sumbangan kalian tidak dapat kami balas. Hanya Doa yang dapat kami limpahkan.

Solat tanpa Di suruh, antara perkara yang amat diimpikan oleh para ibu & bapa, salah satu dari slot KBM SSQ 5R ialah, slot lawatan ke Pusat2 serta kompleks yang berlaitan dgn kaeda Solat yang sempurna.

lihat!! bagaimana cara Ruku' peserta ini di uji dgn meletakkan secawan air di belakang badannya. ( aksi ini boleh ditiru di rumah anda )

lihat pula, apakah posisi badan anda benar2 mengikut Spesifikasi & piawaian cara Solat yang sempurna.

apakah rasional nya Sujud di atas taburan BEDAK ini?

lihat, ini rasionalnya, 7 tempat yang seharusnya menyentuh lantai tempat kita melakukan solat ( tujuh tempat itu ialah yang dahi, kedua belah tapak tangan, lutut & jari kaki )

sempat bergambar dengan peserta selepas prgm KBM SSQ Tamat.

alhamdulillah, 70% ibu bapa peserta telah datang di akhir sesi program ini. Semoga keindahan bersama Mu akan terus kekal di hati kita.

Thursday, December 4, 2008

...:::: KBM SSQ 5R ::::....


assalamualaikum....

Buat julung-julung kali nya Kelab Remaja JIM dengan kerjasama KBM EXCELLENCE, akan mengadakan program KEINDAHAN BERSAMA MU ( KBM ) + SSQ + 5R.

apa itu SSQ ??


SSQ ialah singkatan nama bagi " Solat " + " Study " + " Quran "....
program KBM kali ini bakal diterapkan bagaimana cara & kaedah solat yang disarankan oleh Rasulullah saw ( Sollu kama Roaitumuniy Usolli )...danbagaimana Solat mampu memberikan 1001 kelebihan dalam hidup kita...
Juga bagaimanakah caranya untuk kita bakal menjadi Super Muslim yang cemerlang akademik cemerlang akhirat...
dan jangan ketinggalan utk merasai betapa manisnya nikmat mendekatkan diri kita dengan Al-Quran...

Apa itu 5R ??


5R adalah 5 ciri-ciri remaja yang Cemerlang...Kelab Remaja JIM mensasarkan 5 ciri remaja yang kontemporari dan bernilai murni demi melahirkan remaja-remaja yang cemerlang...mahu tahu apa dia 5 ciri-ciri remaja cemerlang ?? ayuh daftar nama sebagai peserta...

Tempat Terhad Tau!!!

sila dapatkan Brosur / Borang Pendaftaran di LINK ini..
( http://www.sendspace.com/file/9rr9hx )

atau sila hubungi Sekretariat KBM SSQ 5R :

Kak Mia : 0126456228 ( email - mia_syadah@yahoo.com )

Abg Bai : 0197517051 ( hafizbai@gmail.com )


Bertemu kita di KBM SSQ 5R......

Monday, November 10, 2008

KBM Politeknik Sultan Mizan Zainal

Awang Beach Resort , Rantau Abang, Dungun Terengganu menjadi saksi pengembaraan KBM kali ini.

Alhamdulillah, setelah sekian lama menyepi, akhirnya pada 7 & 8 November 2008 KBM EXCELLENCE kembali beraksi, dan kali ini Kami berprogram di negeri Terengganu. Program KBM kali ini adalah peserta-pesertanya dari Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. Seramai 48 orang peserta telah bersama mengembara di dalam program kali ini. Di antara pengendali yang ada ialah pak lang, abg bai, amin & puan Norsiah. Program ini secara spesifiknya diadakan di tempat penyu mendarat, iaitu rantau abang. Ayuh kita saksikan gambar-gambar semasa program KBM Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin.

di antara teknik berkomunikasi yang terbaik ialah apabila kita menggunakan nikmat pancaindera dengan seoptima yang mungkin.

perbincangan dalam kumpulan, asilitator dari JIM Terengganu memang hebat, tanpa mereka program mungkin tidak berjaya seperti sedia ada.

pantai yang cantik & bersih, menambat hati kami untuk mengisi ruang petang ( semasa slot riadah ) untuk bermesra dengan pantai.

pemandangan pantai Rantau Abang semasa matahari mula hilang dari pandangan.

pemandangan ketika matahari mula menampakkan dirinya.

Kelihatan seorang peserta tidak dapat menahan kesayuannya apabila mengenangkan ibu & ayahnya di rumah.

Berdoalah dengan bersungguh-sungguh, tadahlah tangan mu itu, merayu & merintihlah kepada Allah swt.

sempat kami bergambar dengan semua peserta, kalau ada sumur di ladang boleh kita menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi.

Abang bai & pak lang bersama orang kuat JIM Terengganu, abang Fakhrul.

program KBM kali ini benar-benar menyentuh hati kami, semoga titisan air mata yang mengalir itu akan menjadi saksi kepada perubahan-perubahan yang diimpikan.

Tuesday, November 4, 2008

Sikap Positif Dorong Umat Fahami Fitrah

AHLI tafsir terkemuka, Imam Ar Razi, ketika menafsirkan ayat “Al-Rahman Al-Rahim” (surah al-Fatihah) menyebutkan dua kisah sangat mengesankan dan menunjukkan betapa Allah Maha Pengasih dan Penyayang.

Satu kisah itu ialah pengalaman seorang salih dan ahli sufi bernama Ibrahim Adham. Pada suatu hari Ibrahim menjamu selera di rumah seorang ketua kaum. Ketua kaum itu menghormati beliau dengan menghidangkan makanan enak. Ketika Ibrahim hendak menyuap, tiba-tiba datang seekor burung gagak menyambar makanan itu. Ibrahim segera melihat bahawa pasti ada suatu pengajaran daripada tindakan aneh burung itu. Beliau segera bangkit dan berjalan mengikuti arah burung itu terbang.

Ibrahim ternampak gagak itu menjatuhkan makanan ke suatu tempat. Ibrahim mendekati arah jatuhnya makanan itu. Setibanya di tempat itu, Ibrahim menyaksikan seorang lelaki yang diikat dalam keadaan terlentang di bawah sebuah pohon rendang. Rupa-rupanya makanan yang dijatuhkan burung gagak terus masuk tepat ke mulut insan tidak berdaya itu. Ibrahim segera mengagungkan Allah, yang menyelamatkan hamba-Nya yang tidak berdaya. Secara logik akal, insan itu tidak akan hidup lama dalam keadaan terikat seorang diri di hutan namun, kerana kasih sayang Allah, Dia menghantar gagak untuk membantu insan
malang itu.

Cerita Ibrahim ini menggambarkan kepada kita mengenai sikapnya yang melihat kebaikan di sebalik kejadian yang kelihatan buruk. Sering kali kita dengar pakar motivasi memberikan tip untuk mencapai kecemerlangan dan kebahagiaan. Antaranya, kita perlukan tiga perkara untuk mencapainya iaitu ilmu, kemahiran dan sikap. Daripada ketiga perkara ini, yang paling utama adalah sikap. Andai kata kita ingin menjadi sahabat yang cemerlang, hanya sikap menjadi penentu.

Kita mungkin menjadi seorang paling alim dan intelek di muka bumi, tetapi kita pastinya dibenci oleh lawan, mahupun kawan andai tidak mempunyai sikap yang baik. Sikap negatif seperti tidak prihatin, mulut celupar, panas baran sudah cukup membuatkan orang benci pada kita. Kajian oleh seorang profesor daripada Universiti Yale, membuktikan hal ini apabila didapati tujuh peratus kejayaan graduan dari Sekolah Perniagaan Harvard bergantung pada ilmu dan kemahiran sementara 93 peratus bergantung kepada sikap.

Sikap maksudnya cara kita melihat pada sesuatu. Kita dapat apa yang kita lihat. Contoh, apabila kita melawat pantai yang memutih, ada tiga cara (mungkin lebih) melihat pantai itu. Sebagai pelancong kita melihatnya sebagai tempat untuk merehatkan minda dan bersantai. Maka kerehatan yang bakal kita peroleh. Sebagai penangkap ketam, kita ke
sana untuk menangkap ketam. Maka ketam akan kita dapat. Sebagai usahawan, kita mencari ruang niaga yang sesuai dan menguntungkan. Maka memang kemungkinan besar, itulah yang akan kita peroleh. Seruan untuk membetulkan cara melihat atau sudut pandangan, bukanlah semata-mata seruan daripada pakar motivasi saja.

Seruan itu juga adalah seruan Ilahi dalam al-Quran. Berapa banyak ayat yang seolah-oleh bertanya kepada manusia, “Tidakkah kamu melihat?” dan kritikan buat manusia yang membutakan diri, “Apakah kamu tidak melihat?” Ada pelbagai cara untuk memandang, iaitu pandangan mata, akal, nafsu dan mata hati. Cara paling baik untuk menentukan sikap ialah dengan pandangan mata hati, pandangan digandingi dengan aktiviti berfikir untuk menghasilkan yang terbaik bagi semua pihak.

Contoh, kita ingin mengambil kaedah digunakan seorang ulama, Abd Majid Aziz Az-Zindani dalam bukunya, Kitab Tauhid ketika membicarakan perihal ayat dalam al-Quran yang bermaksud: “Maka hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya.” (Surah Abasa, ayat 24).

Menurut beliau, daripada makanan beliau boleh melihat sembilan sifat Allah padanya antaranya Maha Pemberi Rezeki. Apakah nilai pada sepinggan nasi berharga RM5 jika kita tidak fikirkan berapa orang terbabit untuk menyediakan sepinggan nasi. Jika kita kaji proses terhasilnya nasi daripada beras, menjurus kepada padi di sawah, kita dapat merasai kasih sayang Allah yang memberikan rezeki. Daripada contoh kita fahami fitrah manusia memerlukan kepada masyarakat sama ada dia mahu atau tidak, suka atau tidak. Dalam kehidupan sehari, sedar atau tidak kita sentiasa mendapat pertolongan Allah terutama saat berada dalam keadaan genting dan sangat terdesak.

Kita sering dimanjakan dengan kasih sayang-Nya. Namun, kita selalu melupakannya. Malah, kadangkala kita sering menganggap bahawa kecemerlangan dicapai kerana kehebatan kita. Akibatnya kita acap kali menjadi sombong dan bangga kerananya. Kita ambil mudah banyak perkara dan melanggar hukum-Nya, dengan pelbagai alasan yang kita reka sendiri. Walhal sebenarnya nikmat itu hanyalah kurniaan Allah.


Penulis ialah AJK Wanita JIM Pusat dan boleh dihubungi di e-mel wanitajim0@yahoo. Com

Tuesday, September 9, 2008

Salam Ramadhan : Salam Keberkatan...

assalamualaikum wrt....

bagaimana Ramadhan kita pada tahun ini, Doanya agar kita sama-sama dapat menghayati Ramadhan ini dengan penuh penghayatan, Bersama-samalah kita menjaga kesucian dan kemuliaan bulan ramadhan, jangan lah kita cemari bulan Allah ini dengan sisa-sisa kekotoran.

ayuh! ayuh! kita rebut peluang beramal dan pahala yang berganda di dalam bulan ramadhan ini. pastikan ramadhan kali ini lebih baik dari yang lalu.


Jangan lepaskan peluang Dan ganjaran-ganjaran yang tersedia di dalam bulan ramadhan ini, apa kata kita lihat sebentar apakah ganjaran-ganjaran yang dijanjikan di dalam bulan ramadhan.


( Sila Click di Keratan Poster ini untuk gambaran yg Lebih Besar & Jelas )


kepada semua peserta-peserta Program Keindahan Bersama Mu, jangan lupa utk kita sama-sama mengindahkan diri kita dengan bulan ramadhan ini.

Thursday, August 28, 2008

Diari Hujung Minggu ini (29 - 31 Ogos 2008)

Alhamdulillah atas nikmat iman dan islam yang dikurniakan moga sentiasa kita pelihara bersama, insyaAllah...

Diari KBM hujung minggu ini akan berada di 3 lokasi :

1. KBM di MRSM Pontian, Johor (30-31 Ogos 2008)
2. KBM di SM Tinggi, Banting (30-31 Ogos 2008)
3. KBM di SBP Integrasi Batu Rakit, Kuala Terengganu (29-30 Ogos 2008)

Buat pertama kalinya, team KBM akan berada di bumi Darul Iman untuk mencipta sejarah, menukilkan kenangan bersama anda semua, sama-sama kita indahkan hubungan kita bersama Allah swt, Rasulullah saw, Ibu, Bapa, Guru dan sahabat seperjuangan.

Mohon didoakan agar dipermudahkan segala urusan dan diberi kekuatan untuk terus berjuang...amin...

MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA!!!

Monday, August 25, 2008

KBM PAN - Pernec Advanced Network - ( batch ke dua )

Assalamualaikum wrt….

Alhamdulillah, pada 23 & 24 Ogos 2008, KBM Excellence telah berjaya mengadakan program KBM bersama staff Pernec Advanced Network di Sungai Petani Kedah. Seramai 47 orang peserta telah bersama-sama mencipta kejayaan untuk menjadi insan yang lebih menyerlah jauh dari yang biasa.

Alhamdulillah, pihak KBM Excellence telah diberi peluang buat kali kedua untuk mengendalikan program “ Spiritual Team Building “ ini. Tahniah kepada Pak Lang & abang Bai bersama dengan team KRJ Resources ( Kedah ) yang telah berjaya sekali lagi menjayakan program kali ini.

Berikut disajikan beberapa keeping gambar untuk tatapan semua.


Buku program untuk kegunaan peserta

para peserta, memberi tumpuan sepenuhnya.

ukhwah terus dibina, dakapan demi dakapan dapat dirakamkan.

indahnya ukhwah, apabila tiada rasa curiga dan bersangka buruk sesama kita.

beberapa aksi menarik semasa melalui slot Nikmat Oh! Nikmat

sebagai hamba Allah yang lemah, berdoa adalah perkara yang banyak membantu kita.
tadahkan tangan dengan bersungguh, mintalah dan rayulah dengan sepenuh keyakinan kepada Allah swt.

kebersamaan di dalam kumpulan, mampu membina " Spiritual Team Building " yang menyerlah jauh dari yang biasa.

perubahan demi perubahan, hijrah demi hijrah di lakar bersama.

tidak ketinggalan, sebagai langkah untuk meneruskan perubahan yang lebih positif, dan demi mendapatkan sokongan dari sahabat-sahabat yang lain, pihak JIM telah menawarkan peserta KBM PAN sebagai Ahli JIM Sungai Petani.

salah satu komen / penilaian yang peserta berikan kepada KBM

sebagai langkah bijak, langkah yang lebih berkesan, COO PERNEC ADVANCED NETWORK telah bersetuju utk bersama-sama peserta sepanjang program untuk terus memberi dorongan dan semangat demi merealisasikan misi syarikat dan misi kita sebagai khalifah Allah.

di dalam ucapan penutup, Tuan Hj Ariffin Bin Saidin selaku COO PAN telah menyampaikan beberapa pesanan yang sangat bermakna, diantaranya ialah...

" sebagai seorang pengurus, saya juga perlu memastikan staf-staf saya diberi pengisian ukhrawi dan diberi sentuhan-sentuhan rohani seperti yang telah dijalani oleh semua peserta KBM kali ini , moga-moga Allah swt meredhai segala usaha murni yang kita lakukan bersama "..

di antara perkara menarik di dalam prgm KBM PAN ini ialah, COO PAN telah berjaya membuat sendiri 5 klip video KBM yang baru sahaja dipelajari nya dari team JIM Sungai Petani...syabas COO PAN...

Thursday, August 21, 2008

Diari Hujung Minggu ini (22-24 Ogos 2008)

Alhamdulillah atas nikmat kurniaan sebuah kehidupan buat diri kita semua pada hari ini. Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini, insyaAllah.

Perjuangan masih tetap diteruskan dan sekali lagi kita jenguk-jenguk diari KBM hujung minggu ini.

1. KBM Pewaris Zon Tengah di Selangor (22-23 Ogos 2008)

2. KBM Korporat Pernec Advances Network (23-24 Ogos 2008)

Mohon didoakan agar segala urusan kami dipermudahkan dan sentiasa diberi kekuatan untuk terus berjuang dan beramal...amin.

Wednesday, August 20, 2008

Guess who's birthday today?


Selamat Hari Lahir buat Pak Lang, xifu KBM kita pada hari ini. Kami warga KBM mendoakan Pak Lang sentiasa sihat, murah rezeki dan sentiasa terus berjuang di jalan Allah ini.
Bagi yang lain yang turut menyambut hari lahir dalam bulan ini juga, warga KBM mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR.
Semoga usia yang Tuhan kurniakan sentiasa dimanfaatkan dan jangan lupa teruslah beramal.
Apakah yang paling dekat dengan diri kita? Kematian...
Siapakah orang yang paling bijak? Orang yang sentiasa mengingati mati...

Monday, August 18, 2008

KBM Belia Selangor

alhamdulillah, bersyukur kepada Allah swt, dengan limpah dan kurnianya, pada 16 & 17 ogos 2008, satu lagi program KBM Belia telah dianjurkan di Negeri selangor. Kehadiran pengendali KBM kali ini ialah Pak lang, abg Bai dan Amin Mokri, juga turut dubantu oleh penggerak Kelab Belia JIM ( KBJ ) Selangor serta JIM Selangor.

Se ramai 56 orang peserta telah berjaya dikumpul dan diprogram kan selama 2 hari satu malam. ayuh kita susuri pengembaraan KBM Belia ini melalui gambar-gambar yg telah disediakan.

Ini adalah gambar Bilik Urusetia ( gabungan 3 Istana ), kemudian gambar lokasi program KBM Belia Selangor, dan gambar Banner KBM Belia yang sentiasa Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa.

Buku Prgram KBM Belia JIM Selangor.

beberapa objektif, pendekatan dan pra-syarat program telah dibentangkan di awal sesi program tersebut, dan salah satu pra-syarat ialah tentang kepentingan BERDOA.

Ice Breaking antara KBJ dengan peserta KBM Belia...

Terus memecahkan Ice-Ice antara peserta dan KBJ. Kelihatan beberapa peserta terlalu seronok dengan aktiviti yg diketengahkan.

Modul 2 program KBM Belia, aktiviti yang menyeronokkan dan menyedarkan tentang kepentingan utk bersyukur atas anugerah yg Allah Kurniakan.

aksi demi aksi terus diperlihatkan, peserta semakin yakin dan bersungguh dalam melaksanakan arahan yang diberikan.

tidak puas beraksi di dalam dewan, peserta diberi peluang utk ber"Explorace" di Bukit Unggul.

Beban atau amanah yang dipikul oleh peserta ini. Kebersamaan dan bersatu padu adalah asas kejayaan.

Terus Menyusuri onak liku tanpa rasa jemu. Menyusuri jalan kampung menuju ke Bukit Unggul.

inilah dia belia-belia tunggak negara, belai-belia pewaris agama, berjuang membawa batu-batu tanpa jemu!!!

dari jalan yang rata, mendaki pula ke atas puncak.

walaupun penat, sempat menghulurkan salam ceria.

seusai mendaki, menuruni pula curam-curam yang merbahaya, berhati-hati sahabatku...

Rintangan demi Rintangan dilalaui, tugasan mencabar sentisa menanti peserta!!!

subhanallah, tidak dapat digambarkan betapa agung nya ciptaan Allah, peserta diminta melaksanakan solat asar berjemaah berlantaikan tanah. ( dari tanah kita dtg, kepada tanah kita kembali )

Seluruh ciptaan Allah, langit, Bumi, Tumbuhan dan haiwan menyaksikan doa-doa yang diminta oleh peserta-peserta KBM Belia.

hari kedua, slot yang terakhir, pelbagai pengajaran, perkongsian dan luahan telah dirasa bersama, tautan kasih sayang antara semua telah tercipta, pelukan ini menjadi satu bukti betapa indahnya ukhwah sesama kita.

teman sejati, adalah teman yang senantiasa bersama kita suka dan duka, dialah teman yang akan bersama-sama dgn kita menuju ke Syurga.


Perubahan demi Perubahan telah ditulis dan dijanjikan, sebagai tanda dan bukti bahawa sesungguhnya peserta-peserta KBM Belia ini benar-benar mahu berubah, seramai 32 orang peserta telah mengisi dan bersedia menjadi ahli JIM.

program ditamatkan dengan acara salam dan peluk, airmata membasahi antara kami satu sama lain, terasa perit dan pedihnya hati ini apabila terpaksa berpisah membawa haluan masing-masing, ingatlah sahabat ku...Bertemu dan Berpisah, hanyalah kerana Allah.

program KBM Belia tamat pada jam 1.40pm.