Thursday, August 28, 2008

Diari Hujung Minggu ini (29 - 31 Ogos 2008)

Alhamdulillah atas nikmat iman dan islam yang dikurniakan moga sentiasa kita pelihara bersama, insyaAllah...

Diari KBM hujung minggu ini akan berada di 3 lokasi :

1. KBM di MRSM Pontian, Johor (30-31 Ogos 2008)
2. KBM di SM Tinggi, Banting (30-31 Ogos 2008)
3. KBM di SBP Integrasi Batu Rakit, Kuala Terengganu (29-30 Ogos 2008)

Buat pertama kalinya, team KBM akan berada di bumi Darul Iman untuk mencipta sejarah, menukilkan kenangan bersama anda semua, sama-sama kita indahkan hubungan kita bersama Allah swt, Rasulullah saw, Ibu, Bapa, Guru dan sahabat seperjuangan.

Mohon didoakan agar dipermudahkan segala urusan dan diberi kekuatan untuk terus berjuang...amin...

MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA!!!

Monday, August 25, 2008

KBM PAN - Pernec Advanced Network - ( batch ke dua )

Assalamualaikum wrt….

Alhamdulillah, pada 23 & 24 Ogos 2008, KBM Excellence telah berjaya mengadakan program KBM bersama staff Pernec Advanced Network di Sungai Petani Kedah. Seramai 47 orang peserta telah bersama-sama mencipta kejayaan untuk menjadi insan yang lebih menyerlah jauh dari yang biasa.

Alhamdulillah, pihak KBM Excellence telah diberi peluang buat kali kedua untuk mengendalikan program “ Spiritual Team Building “ ini. Tahniah kepada Pak Lang & abang Bai bersama dengan team KRJ Resources ( Kedah ) yang telah berjaya sekali lagi menjayakan program kali ini.

Berikut disajikan beberapa keeping gambar untuk tatapan semua.


Buku program untuk kegunaan peserta

para peserta, memberi tumpuan sepenuhnya.

ukhwah terus dibina, dakapan demi dakapan dapat dirakamkan.

indahnya ukhwah, apabila tiada rasa curiga dan bersangka buruk sesama kita.

beberapa aksi menarik semasa melalui slot Nikmat Oh! Nikmat

sebagai hamba Allah yang lemah, berdoa adalah perkara yang banyak membantu kita.
tadahkan tangan dengan bersungguh, mintalah dan rayulah dengan sepenuh keyakinan kepada Allah swt.

kebersamaan di dalam kumpulan, mampu membina " Spiritual Team Building " yang menyerlah jauh dari yang biasa.

perubahan demi perubahan, hijrah demi hijrah di lakar bersama.

tidak ketinggalan, sebagai langkah untuk meneruskan perubahan yang lebih positif, dan demi mendapatkan sokongan dari sahabat-sahabat yang lain, pihak JIM telah menawarkan peserta KBM PAN sebagai Ahli JIM Sungai Petani.

salah satu komen / penilaian yang peserta berikan kepada KBM

sebagai langkah bijak, langkah yang lebih berkesan, COO PERNEC ADVANCED NETWORK telah bersetuju utk bersama-sama peserta sepanjang program untuk terus memberi dorongan dan semangat demi merealisasikan misi syarikat dan misi kita sebagai khalifah Allah.

di dalam ucapan penutup, Tuan Hj Ariffin Bin Saidin selaku COO PAN telah menyampaikan beberapa pesanan yang sangat bermakna, diantaranya ialah...

" sebagai seorang pengurus, saya juga perlu memastikan staf-staf saya diberi pengisian ukhrawi dan diberi sentuhan-sentuhan rohani seperti yang telah dijalani oleh semua peserta KBM kali ini , moga-moga Allah swt meredhai segala usaha murni yang kita lakukan bersama "..

di antara perkara menarik di dalam prgm KBM PAN ini ialah, COO PAN telah berjaya membuat sendiri 5 klip video KBM yang baru sahaja dipelajari nya dari team JIM Sungai Petani...syabas COO PAN...

Thursday, August 21, 2008

Diari Hujung Minggu ini (22-24 Ogos 2008)

Alhamdulillah atas nikmat kurniaan sebuah kehidupan buat diri kita semua pada hari ini. Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini, insyaAllah.

Perjuangan masih tetap diteruskan dan sekali lagi kita jenguk-jenguk diari KBM hujung minggu ini.

1. KBM Pewaris Zon Tengah di Selangor (22-23 Ogos 2008)

2. KBM Korporat Pernec Advances Network (23-24 Ogos 2008)

Mohon didoakan agar segala urusan kami dipermudahkan dan sentiasa diberi kekuatan untuk terus berjuang dan beramal...amin.

Wednesday, August 20, 2008

Guess who's birthday today?


Selamat Hari Lahir buat Pak Lang, xifu KBM kita pada hari ini. Kami warga KBM mendoakan Pak Lang sentiasa sihat, murah rezeki dan sentiasa terus berjuang di jalan Allah ini.
Bagi yang lain yang turut menyambut hari lahir dalam bulan ini juga, warga KBM mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR.
Semoga usia yang Tuhan kurniakan sentiasa dimanfaatkan dan jangan lupa teruslah beramal.
Apakah yang paling dekat dengan diri kita? Kematian...
Siapakah orang yang paling bijak? Orang yang sentiasa mengingati mati...

Monday, August 18, 2008

KBM Belia Selangor

alhamdulillah, bersyukur kepada Allah swt, dengan limpah dan kurnianya, pada 16 & 17 ogos 2008, satu lagi program KBM Belia telah dianjurkan di Negeri selangor. Kehadiran pengendali KBM kali ini ialah Pak lang, abg Bai dan Amin Mokri, juga turut dubantu oleh penggerak Kelab Belia JIM ( KBJ ) Selangor serta JIM Selangor.

Se ramai 56 orang peserta telah berjaya dikumpul dan diprogram kan selama 2 hari satu malam. ayuh kita susuri pengembaraan KBM Belia ini melalui gambar-gambar yg telah disediakan.

Ini adalah gambar Bilik Urusetia ( gabungan 3 Istana ), kemudian gambar lokasi program KBM Belia Selangor, dan gambar Banner KBM Belia yang sentiasa Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa.

Buku Prgram KBM Belia JIM Selangor.

beberapa objektif, pendekatan dan pra-syarat program telah dibentangkan di awal sesi program tersebut, dan salah satu pra-syarat ialah tentang kepentingan BERDOA.

Ice Breaking antara KBJ dengan peserta KBM Belia...

Terus memecahkan Ice-Ice antara peserta dan KBJ. Kelihatan beberapa peserta terlalu seronok dengan aktiviti yg diketengahkan.

Modul 2 program KBM Belia, aktiviti yang menyeronokkan dan menyedarkan tentang kepentingan utk bersyukur atas anugerah yg Allah Kurniakan.

aksi demi aksi terus diperlihatkan, peserta semakin yakin dan bersungguh dalam melaksanakan arahan yang diberikan.

tidak puas beraksi di dalam dewan, peserta diberi peluang utk ber"Explorace" di Bukit Unggul.

Beban atau amanah yang dipikul oleh peserta ini. Kebersamaan dan bersatu padu adalah asas kejayaan.

Terus Menyusuri onak liku tanpa rasa jemu. Menyusuri jalan kampung menuju ke Bukit Unggul.

inilah dia belia-belia tunggak negara, belai-belia pewaris agama, berjuang membawa batu-batu tanpa jemu!!!

dari jalan yang rata, mendaki pula ke atas puncak.

walaupun penat, sempat menghulurkan salam ceria.

seusai mendaki, menuruni pula curam-curam yang merbahaya, berhati-hati sahabatku...

Rintangan demi Rintangan dilalaui, tugasan mencabar sentisa menanti peserta!!!

subhanallah, tidak dapat digambarkan betapa agung nya ciptaan Allah, peserta diminta melaksanakan solat asar berjemaah berlantaikan tanah. ( dari tanah kita dtg, kepada tanah kita kembali )

Seluruh ciptaan Allah, langit, Bumi, Tumbuhan dan haiwan menyaksikan doa-doa yang diminta oleh peserta-peserta KBM Belia.

hari kedua, slot yang terakhir, pelbagai pengajaran, perkongsian dan luahan telah dirasa bersama, tautan kasih sayang antara semua telah tercipta, pelukan ini menjadi satu bukti betapa indahnya ukhwah sesama kita.

teman sejati, adalah teman yang senantiasa bersama kita suka dan duka, dialah teman yang akan bersama-sama dgn kita menuju ke Syurga.


Perubahan demi Perubahan telah ditulis dan dijanjikan, sebagai tanda dan bukti bahawa sesungguhnya peserta-peserta KBM Belia ini benar-benar mahu berubah, seramai 32 orang peserta telah mengisi dan bersedia menjadi ahli JIM.

program ditamatkan dengan acara salam dan peluk, airmata membasahi antara kami satu sama lain, terasa perit dan pedihnya hati ini apabila terpaksa berpisah membawa haluan masing-masing, ingatlah sahabat ku...Bertemu dan Berpisah, hanyalah kerana Allah.

program KBM Belia tamat pada jam 1.40pm.

Thursday, August 14, 2008

Diari Hujung Minggu Ini (16-17 Ogos 2008)

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang mengurniakan segala nikmat.

Menjelang akhir tahun ini, peperiksaan buat adik-adik di seluruh sekolah semakin hampir dan warga KBM sentiasa mendoakan kejayaan adik-adik semua. Semoga secebis kenangan mengindahkan diri adik-adik bersama Allah, Rasulullah, Ibu, Ayah dan teman-teman dapat membantu adik-adik membina semangat untuk terus berusaha mencapai kejayaan, insyaAllah.

Untuk KBM hujung minggu ini, jom kita selak-selak diari :

1. KBM Belia di Nur Bukit Unggul, Jenderam Hulu, Selangor
2. KBM di Sek Men Bandar Baru Perda, Bukit Mertajam

Semoga program ini berjalan dengan baik dan mohon doakanlah kami agar terus semangat dalam perjuangan dan sentiasa diberi kekuatan untuk terus bersama anda semua.

Wednesday, August 13, 2008

Kisah si Anak Singa

"Kalian adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan untuk manusia, kerana kalian menyuruh yang ma'ruf, mencegah yang mungkar dan beriman kepada Allah." [Ali Imran;110]

Alkisah disebuah hutan belantara seekor singa betina telah melahirkan anak akan tetapi malang sungguh nasib si anak singa apabila ibunya mati setelah melahirkannya. Si anak singa yang lemah kini hidup tanpa perlindungan ibunya.

Seketika kemudian datang segerombolan kambing melintasi kawasan tersebut. Seekor ibu kambing tergerak hatinya untuk melihat si anak singa tersebut. Terbitlah naluri keibuan di hati ibu kambing tersebut untuk merawat dan melindungi anak singa itu.

Si ibu kambing membelai si anak singa itu dengan penuh rasa kasih dan sayang. Dek kerana rasa kasih dan sayang yang dirasai, si anak singa tidak mahu berpisah dengan ibu kambing tersebut dan anak singa ini terus mengikut ke mana saja si ibu kambing pergi. Maka, jadilah si anak singa sebahagian dari kawanan kambing tersebut.

Hari berganti hari, si anak singa kini tumbuh dan membesar dalam asuhan si ibu kambing dan hidup dalam komuniti kambing. Ia menyusu, makan, minum, bermain bersama anak-anak kambing lainnya. Tingkah lakunya juga persis seekor kambing malah ia juga mengeluarkan suara seperti kambing, mengembik bukan mengaum!!! Ia merasakan dirinya seekor kambing dan tidak pernah merasakan dirinya seekor singa!!!

Pada suatu hari, tragedi menimpa kawanan kambing tersebut. Seekor serigala yang buas datang untuk memburu kambing-kambing tersebut. Semua kambing-kambing ketakutan dan bertempiaran lari. Si ibu kambing yang ketakutan juga lari tetapi dia meminta si anak singa untuk berdepan dengan sang serigala.

"Kamu singa, cepat, berdepan dengan serigala itu! Cukup hanya dengan auman mu yang keras akan menakutkan serigala itu!", si ibu kambing berkata.

Tetapi anak singa itu juga turut ketakutan malah ia melindungkan dirinya di balik si ibu kambing. Ia berteriak sekuat-kuatnya tetapi yang keluar hanya suara embikan sama seperti kambing-kambing yang lain. Ia tidak mampu berbuat apa-apa ketika salah seekor anak kambing yang tak lain saudara sesusuannya di terkam dan dibawa lari oleh serigala. Si ibu kambing sedih mengenangkan anaknya tewas dimakan serigala. Ia menatap si anak singa itu dengan perasaan kecewa dan marah.

"Seharusnya kamu mampu membela kami! Seharusnya kamu mampu menyelamatkan saudaramu! seharusnya kamu mampu menghalau serigala yang jahat itu!"

Si anak singa hanya mampu menunduk dan sedih. Dia tidak faham akan kata-kata si ibu kambing. Dia sendiri takut akan serigala itu dan tidak mampu berbuat apa-apa.

Hari berikutnya serigala jahat itu datang kembali memburu kambing-kambing tersebut. Kali ini si ibu kambing tertangkap dan tiada seekor kambing pun berani untk menolong si ibu kambing itu. Si anak singa itu tidak sanggup melihat si ibu kambing yang dianggap seperti ibunya ditangkap oleh serigala itu. Dia nekad berlari dan merodok serigala tersebut. Serigala itu ketakutan melihat anak singa itu dan melepaskan cengkamannya. Sang serigala ketakutan, dia merasakan itulah akhir hayatnya.

Dengan kemarahan yang luarbiasa, si anak singa berteriak keras, "Embiiikkk!"

Melihat tingkah si anak singa, serigala itu sedar bahawa dihadapannya cuma seekor singa bermental kambing, tiada bezanya dengan kambing yang lain. Ketakutannya hilang dan bersiap untuk memangsakan kambing bertubuh singa atau singa bermental kambing.

Ketika si anak singa cuba melawan serigala itu, sang serigala berjaya merobek wajah anak singa dengan cakarnya. Terjatuh dan mengaduh kesakitan si anak singa. Si ibu kambing cemas dan hairan kerana si anak singa tidak mampu melawan serigala. Bukankah singa raja hutan??? tanpa sedikit belas kasihan, serigala yang jahat itu siap untuk menghabisi nyawa si anak singa. Si ibu kambing yang tidak tega melihat keadaan itu berlaku segera berlari dan menendang si serigala. Maka terpelantinglah serigala itu.

Dan pada saat itu, seekor singa dewasa muncul dengan auman yang dahsyat!!!

Semua kambing lari ketakutan dan si anak singa juga turut lari dan merapat bersama saudara-saudaranya. Di saat singa dewasa itu ingin menerkam kambing-kambing itu, ia terlihat kelibat si anak singa di tengah-tengah kawanan kambing.

Bertempiaran kambing-kambing itu lari begitu juga si anak singa. Singa dewasa itu pelik dan hairan. Ia mengejar anak singa itu dan berkata,

"Hai, kamu jangan lari! Kamu anak singa bukan anak kambing! Aku tak akan memangsa anak singa!"

Namun anak singa terus berlari. Singa dewasa itu terus mengejar, ia tidak jadi mengejar kawanan kambing itu. Akhirnya anak singa itu tertangkap dalam ketakutan.

"Jangan bunuh aku, ampuunn!"

"Kau anak singa, bukan anak kambing. Aku tidak akan membunuh anak singa!"

Dengan meronta-ronta si anak singa berkata, "Tidak, aku anak kambing! Tolong lepaskan aku!" Si anak singa berteriak keras tetapi yang keluar bukan auman tetapi embikan, persis seekor kambing.

Singa dewasa itu hairan bagaimana mungkin ada singa yang bersuarakan kambing malah bermentalkan kambing. Dengan geram ia menyeret si anak singa ke tepian danau. Ia harus menunjukkan siapa diri si anak singa ini yang sebenar. Di tepian danau yang jernih itu singa dewasa meminta si anak singa melihat wajahnya sendiri dan membandingkan dengan diri singa dewasa. Setelah melihat bayangan dirinya, si anak singa terkejut, "Oh,rupaku seperti dirimu, sama seperti singa, si raja hutan!"

"Ya, kerana kamu sememangnya seekor singa, bukan anak kambing!", tegas singa dewasa.

"Jadi aku bukan kambing? Aku adalah seekor singa!"

"Ya, kamu seekor singa, raja hutan yang berwibawa dan ditakuti oleh seluruh isi hutan! mari, aku ajarkan bagaimana menjadi seekor raja hutan!", kata singa dewasa.

Singa dewasa itu mengangkat kepalanya dengan penuh wibawa dan mengaum dengan keras. Anak singa lalu meniru dan mengaum dengan keras persis singa dewasa. Ngaumannya menggentarkan seantero hutan. Serigala jahat yang masih berada disitu terus berlari ketakutan setelah mendengar ngauman si anak singa.

Anak singa itu berteriak kemenangan, "Aku adalah seekor singa! raja hutan yang gagah perkasa!"

Nah, apa kaitannya ayat Ali Imran;110 tersebut dengan kisah si anak singa ini??? Fikir-fikirkan. Mungkinkah hidup kita persis si anak singa itu? Sekian lama kita hidup tanpa mengetahui jati diri dan potensi terbaik yang dimiliki?

Betapa banyak manusia yang menjalani kehidupan apa adanya, biasa-biasa saja, ala kadar sahaja. Hidup dibelenggu dengan persoalan siapa diri kita sebenarnya. Hidup dalam rasa malas, melangkah dengan keraguan, berfikir tanpa keyakinan. Hidup tanpa semangat, tanpa kekuatan nyawa terbaik yang dimiliki ini.

Apabila ditanya,

"Siapa diri kamu?"

"Bagaimana kamu menjalani hidupmu?"

"Apakah prinsip hidupmu?"

Seringkali jawapannya meragukan, tiada keyakinan, malah ada juga yang menjawab ENTAH...jawapan sebegini melambangkan bahawa mereka belum mengenal diri mereka, tidak tahu bagaimana menjalani hidup mereka yang sebenarnya. Bisa jadi mereka sebenarnya 'seekor singa' tetapi tidak tahu bahawa mereka ini 'seekor singa'. Malah menganggap diri mereka 'seekor kambing'.

Inilah gaya hidup ummat islam kini, ummat terbaik yang dikurniakan Allah.

Kenapa tidak berubah? kerana mereka tidak mahu berubah...

Kenapa tidak mahu berubah? kerana mereka tidak tahu mereka mesti berubah, bahkan mereka tidak tahu bagaimana untuk berubah. Kehidupan mereka sudah terbiasa dengan hidup pasrah, hidup seperti yang diwariskan turun-temurun.

Islam tenggelam dalam bangsa lain sama seperti si anak singa yang tenggelam dalam kawanan kambing padahal...Ummat ini adalah ummat yang besar! Ummat yang persis seekor singa dewasa yang memiliki kekuatan dahsyat. Andai singa diibarat raja hutan, maka selayaknya kita ummat islam menjadi penguasa belantara dunia!!!

Marilah kita hayati diri kita seperti seekor singa. Allah telah memberikan kurniaan kepada kita sebagai ummat terbaik di muka bumi. Marilah kita bermentalkan ummat terbaik bukan yang terkebelakang.

Renung-renungkan coretan 'hijrah' dalam diri kita. Sudah terlaksanakah 'hijrah' itu? Adakah terus-terusan kita ingin menganggap diri seperti 'seekor kambing' sedangkan diri kita ibarat 'seekor singa'. Bermentalkanlah ummat terbaik untuk menjadi ummat terbaik, penguasa belantara dunia!!!

Kisah disunting dari novel "Ketika Cinta Bertasbih' karangan Habiburrahman El-Shirazy

Thursday, August 7, 2008

Diari Hujung Minggu ini ( 9 - 10 Ogos 2008 )

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam...

Jom kita selak-selak diari KBM hujung minggu ini. Wah, hanya dua team KBM sahaja yang akan berprogram hujung minggu ini, iaitu :

1. KBM di Sekolah Menengah Islam Al-Amin, Gombak
2. KBM di Sekolah Rendah Alma Bukit Mertajam

Walaupun hanya dua negeri yang akan berjuang, mohon didoakan agar kami dipermudahkan segala urusan dan diberi kekuatan untuk terus berjuang.

Untuk negeri-negeri lain, teruskan beramal dan berjuang !!!

Monday, August 4, 2008

Bertekad baiki prestasi jadikan kita manusia lebih cemerlang


SAYA hanya melihat gelagat Zubir (bukan nama sebenar) yang bercakap tanpa henti. Matanya terkelip-kelip, tangannya menggigil dan suaranya cemas. Setelah habis bercakap dan terdiam, barulah saya mengambil giliran membuka mulut.

Saya bercakap dengan perlahan dan jelas: “Encik Zubir, saya tahu awak ingin sembuh terus, tanpa insomnia waktu malam, tidak mahu prestasi merudum dan tidak sakit lagi.

“Datang jumpa saya waktu petang supaya saya ada masa yang cukup untuk merancang rawatan komprehensif untuk menyembuhkan penyakit anda. Penyakit encik, tidak dapat dirawat dengan hanya pil.

“Saya perlu pembabitan dan kerjasama anda.”

Zubir, salah seorang pesakit saya yang menghadapi ‘tekanan’.

Wataknya terlalu sensitif kepada alam sekeliling, mudah cemas dan gelabah. Harga dirinya rendah dan hari demi hari produktivitinya menurun.

Zubir sekarang tidak seperti yang saya temuinya kali pertama lebih setahun lalu. Dia kini sudah naik pangkat dan mendapat kepercayaan majikan kerana ketekunan dan keyakinan diri. Namun, kerjayanya yang semakin mencabar ini memberikan tekanan dalam hidupnya. Tekanan ini mengubah sikapnya yang dulunya ceria menjadi mudah gelabah dan cepat risau. Jiwanya yang tenang bertukar menjadi tidak keruan.

Apakah punca perubahan yang begitu ketara kepada Zubir?

Dalam beberapa sesi rawatan, saya membiarkan dia meluahkan segala yang merisaukannya sehingga puas. Saya lakarkan di depannya sikap sikap negatifnya satu persatu yang mendatangkan masalah kepadanya.

Saya mencadangkan beberapa perubahan sikap yang perlu dibuat dengan cara latihan, doa dan zikir. Antara sikap Zubir yang mendatangkan tekanan:

# Risaukan perkara yang belum berlaku.

Jika dia mulakan kerja, takut kerja tidak boleh siap mengikut jadual. Kalau membuat satu kerja, dia fikirkan kerja lain yang belum dimulakan.

# Sering memikirkan perkara yang berlaku pada masa silam, sering sakit hati terhadap orang yang pada fikirannya telah melakukan perkara tidak baik terhadapnya. Setiap kali teringat, dia akan sedih dan sakit hati.

# Zubir sering tidak memberi tumpuan kepada tugas kerana dihantui perasaan tidak mampu membuat kerja secara menyeluruh (low self esteem).

# Apabila berdepan dengan orang lain, seribu satu perasaan negatif menghantui jiwanya. Perasaan tidak yakin, takut gagal dan risau tanpa sebab munasabah. Dia sentiasa berasakan semua orang di sekelilingnya berniat jahat terhadapnya dan kerana itu dia harus berwaspada.

Setelah mengetahui keadaan jiwa Zubir, saya berikan preskripsi rawatan rohani kepadanya.

# Doa Nabi Muhammad SAW berbunyi ‘Allahuma inni a'uzubika minal hammi wal hazan’ meminta Allah melindungi kita daripada risau atau sedih terhadap perkara yang akan datang. Begitu juga menyesal perkara yang sudah berlalu.

Kita perlu menghadirkan hati kepada tugas yang sedang dijalankan supaya pemikiran tertumpu sepenuhnya terhadapnya. Rancang sebelum memulakan tugas, supaya tahu bila masa akan melakukan kerja seterusnya. Mudah-mudahan perancangan yang realistik dan rapi akan menghindarkan daripada risaukan perkara yang belum dilakukan.

Amalkan doa ini setiap pagi dan petang serta setiap kali mendapati hati sedang memikirkan perkara yang akan datang atau pemikiran sedang melayang kepada perkara lepas yang dikesali.

# Kita perlu faham bahawa Allah akan meringan dan mempermudahkan segala yang dilakukan jika kita berserah kepada-Nya. Perasaan rendah harga diri timbul apabila kita merasakan diri ini seorang manusia kerdil, yang bertanggungjawab atas apa yang hendak dilakukan. Di sebaliknya jika faham bahawa segala sesuatu adalah pada tangan Allah, maka pergantungan kepada-Nya meringankan semua tugas dan tanggungjawab kita.

Nabi Musa ketika hendak berdepan dengan Firaun berdoa bermaksud: “Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusankanku.” Mungkin kita tidak mempunyai tugas begitu sukar, tetapi ia boleh menjadi doa kita. Kita yakin pertolongan Allah dalam menyelesaikan tugas yang hendak dilakukan. Maka, tidak ada tugas terlalu berat serta tidak perlu pada kurang keyakinan sebab yang meringan dan mencemerlangkan adalah pertolongan daripada Allah.

Alhamdulillah adalah ucapan setiap kali mampu menjalankan tugas dengan baik. Jika tidak, lihatlah di mana yang kita kurang berserah kepada Allah. Yakini bahawa tekad untuk terus membaiki prestasi akan berhasil dan menjadikan kita manusia lebih cemerlang.

# Memang manusia sekeliling kadang kala kasar, ada sifat dengki dan khianat. Begitu pun, jika kita baik sangka dengan manusia, betulkan persepsi dan setiap kali pandang seseorang yang ada masalah dengannya, tumpukan perhatian kepada kebaikan padanya. Insya-Allah ini yang akan terserlah dan bukan sifat negatif yang ada padanya.

Untuk menimbulkan baik sangka antara manusia, sentiasalah doakan rakan pejabat, majikan, pelanggan dan ahli keluarga kita.

PENULIS ialah doktor perubatan dan AJK Wanita IM Pusat serta boleh dihubungi pada wanitajim0@yahoo.com

Sumber: Berita Harian, 19 Ogos 2005

Artikel dengan kerjasama Kelab Penulis Islah (KPI)

Friday, August 1, 2008

Diari Hujung Minggu Ini ( 2 & 3 Ogos 2008 )

assalamualaikum wrt...

inshaAllah pada hujung minggu ini, 4 KBM bakal
diadakan di semenanjung malaysia. Berikut di nyatakan
butiran program tersebut.

1. KBM UTM di Johor
2. KBM di SM Teknik Tengku Azizah di Johor
3. KBM di Sek Islam ADNI di Selangor
4. KBM BELIA Penang di Merbok Kedah.

kami mengharapkan doa-doa dari semua sahabat-sahabat agar segala
urusan perjalanan prgm kami dipermudahkan..