Tuesday, February 23, 2010

:: Linkungan ::

assalamualaikum wrt

sekadar nak berkongsi tentang satu perkataan yang disebut LINKUNGAN ( dalam dialek kelantan ), ataupun bahasa mudahnya PERSEKITARAN. Dan apa kaitannya dengan Follow up KBM SM Teknik Setapak.

LINKUNGAN

Actually, pada kebiasaanya ketika mengendalikan Slot KBM yang terakhir iaitu sesi pertemuan antara peserta kasih & sayang bersama ibu & ayah mereka, air mata para peserta akan jatuh mencurah-curah, ada yang meraung-raung, ada yang melutut dan sebagainya. Dan kebiasaanya di hujung slot tersebut, akan ada ruang untuk perkongsian dari para peserta serta Ibu bapa. Apa yang paling ana tidak gemar ialah bila ada Parents yang berkongsi...

" ala...budak2 remaja ni masa ni aje menangis bersungguh-sungguh...esok bila dah habis program motivasi, pasti akan kembali kepoada perangai asal mereka "

ini antara perkongsian yang saya tak gemar, dan kebiasanya saya akan rasionalkan kembali perkongsian ini dengan cara begini....

" para ibu ayah, serta kasih & sayang, saya amat bersetuju dengan pandangan tadi, memang benar sudah pasti anak2 remaja ini akan kembali ke perangai asal mereka sejurus selepas program tamat. Namun begitu, suka untuk saya berkongsi sesuatu, pernahkah kita terfikir bagaimana anak2 remaja ini bisa untuk mengalirkan air mata seperti ini, melutut dan mencium ibu bapa mereka, memeluk dan meraung tanpa rasa segan silu, dan barangkali ada antara mereka ini yang digelar HARD CORE pun rasa tak segan untuk menitiskan air mata ( sampai cikgu pun tak percaya ), pernah ke kita fikir mengapa?

Jawapan yang paling mudah ialah, kerana PERSEKITARAN ( linkungan ) yang ada pada program ini, pada hari ini yang sama-sama kita wujudkan bersama, pada hari ini mereka solat berjamaah bersama-sama, mereka berzikir, berdoa, saling kasih -mengasihi sesama mereka, hal ini telah membuatkan PERSEKITARAN yang wujud pada hari ini & ketika ini menjadi persekitaran yang SOLEH , persekitaran yang BAIK.

Namun begitu, setelah tamat prgram , berapa ramai yang mampu mempertahankan PERSEKITARAN ini, jika anak-anak remaja ini pulang ke rumah, berapa ramai AHLI KELUARGA mereka yang boleh terus membina PERSEKITARAN yang SOLEH ini, berapa ramai jiran-jiran yang boleh membina persekitaran seperti ini, kalau di sekolah berapa ramai guru-guru yang boleh terus menerus membina PERSEKITARAN yang soleh seperti ini. Hal sedemikian yang telah mengembalikan semula anak-anak remaja ini kepada perangai asal mereka, mereka sebenarnya TERCARI-CARI persekitaran seperti ini di rumah, di sekolah, di asrama dan sebagainya.

Ayuh para ibu, bapa, guru-guru & rakan-rakan sekalian, saya memohon kepada anda semua, jangan lah kita terus berprasangka yang tidak baik kepada anak-anak ini, namun apalah kira nya jika kita bersama-sama membantu & memberi sokongan kepada anak-anak ini dengan bersama-sama membina PERSEKITARAN yang baik & SOLEH.

Dalam masa yang sama, kami dari KELAB REMAJA JIM, mengalukan-alukan kehadiran anak-anak remaja ini untuk bersama kami, mengikuti program-program KRJ agar anak-anak remaja ini dapat terus merasai PERSEKITARAN yang BAIK & SOLEH ( ni kira timing baik untuk promosi KRJ :-) )

begitulah kebiasaan nya yang ana akan buat ketika dipenghujung KBM, cuma ana tak sempat nak buat ketika kendalikan KBM di SMK Tun Perak baru2 ini ( 31 Jan 2010).

PERSEKITARAN & KBM SM Teknik Setapak

so...lanjutan dari tajuk di atas, malam semalam bersamaan 2 Feb 2010, ana, pak long hassan dan anak2 usrah ana dari IIC telah datang ke SM Teknik Setapak untuk mengendalikan slot Follow Up, alhamdulillah semua peserta telah hadir. Selama hampir 2 jam kami bersembang, berkongsi & saling ingat - mengingati sesama kami. Di hujung sesi Follow Up tersebut, sengaja ana bertanya tentang satu persoalan.

" ok adik-adik kasih & sayang, masih ingat lagi tak, kenapa kita boleh menitiskan air mata ketika program bersama ibu bapa tempoh hari ? "

serentak mereka menjawab beramai-ramai

"Persekitaran yang baik & Soleh "

alhamdulillah, segar & tenang hati ini mendengar jawapan dari mereka itu, ini membuktikan mereka ingat pesanan saya, dan mereka memang memerlukan PERSEKITARAN yang baik. Lalu ana pun apa lagi, terus ana OFFER siapa yang nak terus membina PERSEKITARAN yang baik, boleh Tinggalkan Nama & Tingkatan kepada abang Aiman ye. Terus berebut-rebut mereka menuju ke abang aiman, ana remind sekali lagi.

" kalau kita nak kan PERSEKITARAN yang baik, kita perlu bersungguh-sungguh ye "

HALAQAH REMAJA

alhamdulillah, sebenarnya memang menjadi sasaran kami KRJ KL nak kan satu Group Halaqah lelaki & satu Group halaqah perempuan yang konsisten & intiqamah serta beriltizam dari SM Teknik setapak ini, inshaAllah JK TPSM Remaja KL akan menyusun program halaqah ( 2 minggu sekali ) ini dalam masa terdekat. Dalam masa yang sama ana akan intai-intai kalau-kalau ada yang berpotensi untuk di usrahkan dengan lebih tersusun.

alhamdulillah, malam semalam kami berupaya mendapat seramai 26 Perempuan & 51 Lelaki yang bersetuju untuk mengikuti HALAQAH KRJ KL. Doakan agar semua ini menjadi kenyataan.

terima kasih kerana sudi membaca perkongsian ini.