Friday, May 23, 2008

Diary KBM hujung Minggu Ini




assalamualaikum wrt....


alhamdulillah, pada hujung minggu ini team KBM akan diberi peluang untuk mengendalikan program KBM versi Korporat bersama staff Universiti Tun Hussein Onn ( UTHM ) di batu Pahat.


Xifu KBM a.k.a. pak lang akan beraksi pada KBM kali ini, mari bersama-sama kita mohon pada Allah swt agar terus memberi kekuatan dan buah fikiran kepada pak lang agar KBM hujung minggu ini sekali lagi terus menyerlah jauh dari yang biasa.
Kemudian, satu lagi KBM akan versi Remaja akan dikendalikan oleh team KRJ Kedah di SMK Serdang Kedah.


suatu lagi pengalaman baru KBM.


Thursday, May 15, 2008

Diari KBM Hujung Minggu Ini...


assalamualaikum wrt.

Diari KBM pada hujung minggu ini juga telah mencipta sesuatu yang baru. Pada Hujung minggu ini 3 orang Pengendali dari KRJ Team Johor akan ke sarawak, Mereka akan berKBM bersama aktivis-aktivis serta penggerak-penggerak JIM Sarawak. Semoga Pak lang, kak Fidah & Abu Nuha berjaya dengan misi di tempat baru ini. Sama-sama kita doakan mereka.

Berikut dinyatakan Diari KBM hujung minggu ini...

- KBM versi Aktivis ( JIM Sarawak ).
- KBM Remaja di SMK Maxwell Kuala Lumpur.
- KBM Remaja di Sekolah Rendah Islah, Teluk Kembar.

Semoga KBM hujung minggu ini teru menyerlah jauh dari yang biasa...

Good Luck buat Abg ngah di penang dan abg bai di KL...

Tuesday, May 13, 2008

KBM raikan Sambutan Hari Ibu

Alhamdulillah, detik bersejarah buat KBM kali ini ialah apabila KBM berjaya meraikan sambutan Hari Ibu. sambutan diadakan semasa slot bersama ibu bapa di program KBM SMK Meru klang.

Suasana sayu dan hiba menyelubungi dewan SMK Meru, tatkala lagu Buatmu Ibu ( nyanyian ae-man ) dinyanyikan bersama-sama, kemudian para ibu di kejutkan dgn Kad Selamat Hari Ibu yang disediakan oleh para peserta sendiri.

- Para Pengendali & fasilitator KBM di SMK Meru Klang. -
Salah satu Contoh kad Selamat Hari Ibu yang disediakan oleh para peserta KBM SMK Meru. Kelihatan gambar " mama" dan "Adik" dilukis dengan cantik di dalam Kad Selamat Hari Ibu.

Suasana Hiba Dan Sayu Tatkala para ibu menerima kad selamat hari ibu dari para peserta.

Di kesempatan itu juga pihak KBM ingin mengucapkan...

" SELAMAT HARI IBU " buat semua ibu yang telah banyak berkorban mendidik dan mengasuh kami, anak-anak mu...

Friday, May 9, 2008

KBM Versi Belia di Kem Tok Sakah...

alhamdulillah, segala pujian bagi Allah swt, pada 26 & 27 April yang lalu, satu lagi program KBM Versi Belia telah berjaya diadakan di Kem Tok Sakah, Perak. Sambutan peserta yang diluar jangkaan di saat-saat akhir itu telah menjadikan KBM Belia kali ini sebagai satu memori indah buat semua peserta.

Peserta KBM Belia Wanita sedang menunaikan solat di kawasan lapang, di atas pasir pantai.
Peserta KBM Belia lelaki sedang melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah.

harapan kami kepada semua peserta, agar terus istiqamah menjadi insan yang terus menyerlah jauh dari yang biasa, semoga hubungan indahnya bersama Allah, Rasulullah, ibu bapa dan sahabat-sahabat akan terus kekal selamanya.

berikut di lampirkan beberapa komen peserta KBM Versi Belia di Kem Tok Sakah.

Baru sekejap tadi peserta yang saya bawa ke program datang ke kedai saya bertanya, "En Zain... Bila ada KBM Belia lagi? Saya nak hantar adik saya pulak!". Di hujung program Ahad baru-baru ni pun ada staf PKEINPk (anak buah En Yahanis) yang beritahu Isteri Saya, "Next program bagitau ye... saya nak ajak suami saya datang". Bos PKEINPk pula dah nyatakan kepada En Yahanis, "Kita akan hantar lagi peserta pada program akan datang"; Pengurusan NADI AGROBUSINESS di Manjung pun dah beritahu, "Kami akan hantar 20-30 orang lagi untuk KBM yang akan datang". Tambah dua tiga lagi syarikat besar dan agensi kerajaan, insyaAllah next KBM akan ada bilangan peserta yang cukup ramai.

Semoga semua peserta mendapat apa yang dihajatinya di dalam program Keindahan Bersama Mu ini.

Thursday, May 8, 2008

KBM 3 Serangkai minggu ini ( 9-11 Mei 2008 )

Assalamualaikum semua…

Mohon doa dari semua sahabat-sahabat mahupun alumni-alumni KBM semalaysia.
InshaAllah, pada hujung minggu ini akan diadakan KBM di tiga tempat.

- SMK Dato’ Abd Rahman Yassin
- SMK Meru Klang
- KBM bersama Aktivis JIM Pulau Pinang.

Semoga pak im ( di Johor ), abg bai ( di Selangor ) dan Pak Lang ( di Penang ) akan Terus menyerlah jauh dari yang biasa.