Thursday, September 10, 2009

..:: KBM Technology Park Malaysia College ::..

assalamulaikum wrt.

alhamdulillah, pada tarikh 5 & 6 september 2009 yang lalu, kami telah diberi peluang untuk berkongsi ilmu bersama dengan pelajar-pelajar Technology Park Malaysia College ( TPM Coleege ).Seramai 40 orang pelajar telah menjadi peserta pada kali ini, 22 orang perempuan & 18 orang lelaki. Inilah satu-satunya KBM yang diadakan pada bulan ramadhan, alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

KBM kali ini dikendalikan oleh abang bai & ummi Ida serta tema KBM KL yang terdiri daripada pak long, pakkay, pak ngah, kak yong, kak muss, abg wan dan beberapa orang lagi fasilitator.

lanjutan dari program KBM ini, pihak KBM Excellence telah menjemput peserta-peserta yang berminat utk menjadi Fasilitator utk program KBM di SM Teknik Port Dickson pada 10 & 11 Oktober ini nanti. Menurut penasihat program, Ust Iswadi, inilah peluang untuk anak-anak muridnya berbakti kepada masyarakat.

pihak KBM mengucapkan jutaan terima kasih kepada TPM College kerana memberi kepercayaan kepada Kami untuk berkongsi ilmu & pengalaman yang ada. Semoga terus menyerlah jauh dari yang biasa....