Bismillahirrahmanirrahim...
Credit to Cikgu Khatab untuk gambar-gambar yang diambil dari FBnya... melainkan gambar terakhir...Barisan Pengendali :-
KMKY : Abg Bai dan Abg Yasser
InTeam : Abg Bai
MAM I : Pak Long
MAM II : Semua Fasilitator dan Para Pengendali
Hijrah : Kak Yong dan Abg Yasser
RKSK : Ummi Ida
Pertemuan : Ummi Ida
Periba Komputer : Kak Yong, Kak Asma' dan ML
Video : Abg Chef Wan dan Pak Kay
Tukang Edit Video : Kak Yong
No Pesawat: KRJ 240410
Pramugara: Baim, Abg Man, Abg Muadz aka Abg Hadiah, Abg Dayat, Abg Atif, & Abg Muhsin
Pramugari: Kak Syu, Kak Syahid, Kak Zar, Kak Ayu, Kak Ain dan beberapa orang fasilitator dari KRJ Hulu Langat
Airport: SMK Bandar Banting
Jumlah Penumpang: 183 orang
Alhamdulillah pada
23 April sekitar jam 11.00 malam kami tiba di SMK Bandar Banting dengan 2 buah kenderaan. Ketibaan team kami disambut oleh Cikgu Aisyah dan beberapa cikgu serta ahli JIM Daerah Hulu Langat. Kami dijamu dengan sedikit santapan yang berupa mee goreng dan buah tembikai yang disajikan dengan air teh O dan teh susu. Selesai makan, sesi TOT ringkas diadakan kepada semua fasilitator yang ada ketika itu yang mana sesi ini dikendalikan oleh Pak Long dan dibantu oleh kendalian laptop dan slide Kak Yong.
Click Sini : Selanjutnya
(Click ) Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
..:: Barisan Pengendali::..
KMKY: Abang Bai & Abg Din
In-Team: Kak Yong
MAM 1: Ummi Ida
MAM 2: Semua Pengendali dan Fasilitator
Hijrah: Kak Yong
RKSK: Ummi Ida
PeLaptop: Kak Aina dan ML
PemVideo: Pak Kay
No Pesawat: KRJ 170410
Pramugara: Abg Dayat, Abg Muadz, Abg Benjo, Abg Aki, & Abg Izaldin
Pramugari: Kak Hanum, Kak Izzati, Kak Nurull, Kak Atul, dan Kak Diyana
Airport: SMK Cheras Perdana
Jumlah Penumpang: 108 orang
Alhamdulillah, dengan izin dan rahmatnya pada 17 dan 18 April 2010 yang lalu, team KBM Kuala Lumpur telah berjaya mengendalikan program Keindahan Bersama Mu di SMK Cheras Perdana, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. Seramai 108 orang pelajar dari tingkatan 3, 4 dan 5 telah menyertai program kali ini dan terdiri dari 56 orang adik-adik sayang dan 52 orang adik-adik kasih. Untuk makluman, KBM kali ini merupakan KBM kali yang keempat diadakan di SMK Cheras Perdana.
Pagi Sabtu 17 April 2010, program dimulakan dengan slot
KMKY yang dikendalikan oleh Abg Bai. Adik-adik kasih dan sayang begitu teruja dan bersemangat sepanjang slot KMKY ini. Tidak jemu-jemu mereka mendengar celoteh dari Abg Bai yang terkenal dengan trademark ”Hadiah, hadiah, hadiah...”. Setelah selesai sesi pertama dalam slot KMKY, program berhenti rehat seketika. Selepas berhenti rehat, program diteruskan lagi dengan sesi seterusnya iaitu ARMY YELL bersama Abg Din. Adik-adik sayang dan kasih dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan dikehendaki mempersembahkan army yell mereka dengan penuh kreatif dan bersemangat. Slot KMKY seperti biasa diakhiri dengan sesi sharing dari adik-adik kasih dan sayang. Program berhenti rehat seketika untuk makan tengahari dan solat Zuhur kira-kira jam 1.00 petang.
Clik sini : Cerita Selanjutnya
( Click ) Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
..:: Barisan Pengendali::..
KMKY: Abang Wan & Abg Yasser
Explore de Quran: Kak Yong
In-Team: Pak Ngah
MAM 1: Pak Long
MAM 2: Semua Pengendali dan Fasilitator
Hijrah: Abg Wan & Abg Yasser
RKSK: Pak Long
PeLaptop: Kak Yong
PemVideo: Kak Yong, Abg Wan & Abg Yasser
No Pesawat: KRJ 100410
Pramugara: Abg Dayat, Abg ’Atif, Abg Mu’az
Pramugari: Kak Aisyah, Kak Syahid dan Kak Asma’
Alhamdulillah, dengan izin dan rahmatnya team KBM Kuala Lumpur telah berjaya mengendalikan program Keindahan Bersama Mu di
Sekolah Rendah Islah Al-Amin Kuala Lampur, Keramat serentak dengan SMK Serendah, Rawang pada
10 dan 11 April 2010 yang lalu. Seramai
79 orang pelajar darjah 6 telah menyertai program ini dan terdiri dari 50 orang adik-adik sayang dan 29 orang adik-adik kasih.
Program dimulakan dengan slot KMKY yang telah dikendalikan oleh gandingan Abg Wan dan Abg Yasser. Namun ada kelainan di SRIAAKL di mana Abg Wan telah mendapat gelaran baru yang diberikan oleh adik-adik kasih dan sayang iaitu ATUK!. Sepanjang slot KMKY ini adik-adik kasih dan sayang begitu teruja, bersemangat dan enjoy! Setelah berhenti rehat, program diteruskan lagi dengan slot ARMY YELL. Adik-adik sayang dan kasih mempersembahkan army yell mereka dengan penuh kreatif dan bersemangat. SYABAS diucapkan! Program berhenti sebentar untuk makan tengahari dan solat Zuhur.
Tepat jam 2.30 petang, program diteruskan dengan slot Explore de Quran yang telah dikendalikan oleh Kak Yong. Adik-adik kasih dan sayang diminta menyelesaikan beberapa soalan yang memerlukan mereka merujuk kepada terjemahan al-Quran. Aktiviti ini dilakukan dalam kumpulan-kumpulan kecil. Selesai sahaja slot Explore de Quran, program diteruskan dengan slot InTeam yang dikendalikan oleh Pak Ngah. Alhamdulillah dengan bantuan dan kerjasama dari adik-adik kasih dan sayang, slot ini berjalan dengan baik dan memberi kesan kepada adik-adik kasih dan sayang. Dan seperti biasa di akhir slot, beberapa orang adik kasih dan sayang telah tampil untuk berkongsi pengalaman mereka.
Click Sini : Selanjutnya
( Click )
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
In the Name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful
..:: Barisan Pengendali::..
KMKY: Kak Nina
In-Team: Kak Nina
MAM 1: Ummi Ida
MAM 2: Semua Pengendali dan Fasilitator
Hijrah: Kak Nina
RKSK: Ummi Ida
PeLaptop: Kak Aina & Abg Ama
PemVideo: Pak Kay
No Pesawat: KRJ 100410
Pramugari: Kak Nurull,Kak Atul,Kak Fatin,Kak Yus,Kak Aina,Kak Dayah a.k.a K.d, Kak Lin, Kak Asiah
Pramugara: Abg Zam,Pak Uteh,2 org Alumni Adk2 sayang SMK Serendah
Penumpang: Adik2 Kasih SMK Serendah
Alhamdulillah,setelah berkonvoi dengan 3 kenderaan pada hari jumaat 9/4/2010, akhirnya kami tiba di serendah sekitar jam 12mlm. Kami disambut oleh ummi dan pak uteh dan dibawa ke pejabat JIM Serendah. Sesi TOT (Training Of Trainers) ringkas oleh Kak Nina pada semua Fasilitator.