Friday, January 23, 2009

Islamic Hijri Calendar

...::: Diari Hujung Minggu Ini :::... ( 24 - 27 Jan 09 )

salam...

semoga sahabat-sahabt semua berada dalam lembayung Rahmat Allah swt.
hujung minggu ini pengembaraan akan diteruskan ke 2 program KBM.

  • KBM di SMI AL AMIN Dungun Terengganu ( 26 & 27 Jan 09 )
  • KBM di SM Teknik Jasin ( 24 & 25 Jan 09 )
doakan abg bai, kak nina, kak Mia & abg Fared selamat sampai di dungun Terengganu.

Wednesday, January 21, 2009

...::: KBM Guru-Guru Al-Amin Bangi :::...

alhamdulillah, pada 17 & 18 Januari 2009 yang lalu, kami berkesempatan untuk melaksanakan program Keindahan Bersama Mu bersama 70 guru-guru Al-Amin Bangi dan 15 orang guru tadika. Program tersebut kami adakan di Nur Sungai Merab. Pada saya, lokasi program amat bertepatan dengan ciri2 yang program KBM perlukan.

Program dimulakn dengan ucapann alu-aluan oleh Tuan Haji Ridhuan Bin Jaafar, selaku salah seorang lembaga pengelola SRI/SMI Al-Amin Gombak, apa yang menariknya, lembaga pengelola turut serta menjadi peserta dan bersedia meletakkan dirinya sebaris dgn peserta-peserta lain. Subhanallah!! mabruk ....

program kemudiannya diteruskan dengan pembukaan oleh Pak lang, dan dibantu oleh abang Bai.

Program kali ni dibantu oleh KBM Team Kuala Lumpur yang diketuai oleh Pak Kay, dan dibantu oleh Pak Am, Abg zam, pak ndak, akh kamal & akh Farid.

tidak ketinggalan fasi perempuan juga rata-rata dari Team KBM KL, iaitu Kak Nurul, Kak Asyi, kak IM , kak Mia, kak NIna, mak ndak & mak Lang dari johor.

kelihatan seorang peserta sedang melakukan aksi yang luar biasa. " baut apa tu bang ? "

adakalanya, peserta akan mencatat, adakalanya perlu mendengar...dan yang pastinya terus mengamalkan...

Doa merupakan perkara paling asas di dalam kehidupan seorang Muslim...teruskan berdoa...

dan berdoalan dengan bersungguh-sungguh, Minta & rayulah dengan penuh penghayatan.

Berpasukan!!! pasti kamu tidak akan keseorangan...

adakalanya, sesuatu ungkapan itu tidak bisa kita luahkan dalam kata-kata, tetapi ia masih bisa di dalam bingkisan catatan...


Perkongsian demi perkongsia, untuk berubah, anda perlu berkongsi tentang perubahan yang ingin anda lakukan kepada sahabat2 anda..

kasih sayang, mahabba, mawaddah, itulah yang cuba kami terapkan, semoaga ungkapan " saya sayangkan kamu lebih dari diri saya sendiri " menjadikan kita insan yang sentiasa "ithar " dalam kehidupan harian...

sehingga berjumpa lagi............

Friday, January 16, 2009

...::: Diari Minggu Ini ( 16 - 18 Jan 09 ) :::...

alhamdulillah, Keindahan Bersama Mu akan terus menyerlah pada hujung minggu ini di tiga lokasi program , iaitu :

- KBM Guru-Guru Al-Amin Bangi
- KBM SRI Al Amin Keramat
- KBM SMK Sungai Manik

mohon doa sahabat2 semua, agar program berjalan lancar.


bai : hujung minggu ni berKBM di Bangi....

Friday, January 9, 2009

..:: Diari Hujung Minggu Ini ::... ( 10 & 11 Jan 09 )


assalamualaikum...

Diari KBM hujung minggu ini, MRSM Jasin di Melaka menjadi Pembuka program KBM bagi sesi 2009. InshaAllah team melaka akan mengendalikan 400 orang pelajar dalam KBM kali ini.

KBM MRSM Jasin ( 10 & 11 Jan 09 )

ayuh kita doakan team melaka agar dapat yang terbaik.

bai : akan ke melaka sekejap lagi.

Wednesday, December 31, 2008

...::: KBM SSQ 5R :::.... " Misi Penerbangan Selama 76 Jam "....

alhamdulillah, selama 4 hari 3 malam kami telah berkampung di Masjid Muaz Bin Jabal untuk menjayakan program KBM SSQ 5R. Seramai 104 orang peserta telah mendaftarkan diri dan seramai 20 orang crew pesawat telah membantu sepanjang misi penerbangan kali ini.

kelihatan Kak Mia sedang sibuk menjaga pendaftaran peserta, rata2 para penjaga akan menghantar 2 orang anak mereka di dalam program ini.

Kelihatan para peserta yang juga merupaka tiga orang adik beradik sangat bersemangat utk bersama dengan crew Kelab Remaja JIM

aksi selamber dari peserta menaikkan semangat kami utk terus bersama peserta, walaupun majoriti dari mereka ini tidak kenal antara satu sama lain, tetapi mereka tetap mampu melakukan semua aktiviti dgn baik.

slot kedua iaitu Mission Impossible, menyaksikan para peserta yang kreatif & Inovatif di dalam mereka sesuatu perkara.

Xplorace@KL.com.my telah menyaksikan bahawa semangat berkumpulan & pentingnya kita BERMANFAAT pada orang lain adalah asas kejayaan.

para peserta sedang menantikan LRT Putra untuk meneruskan Misi Xplorace di sekitar bandar Kuala Lumpur.

para fasilitator yang tabah & cekap mengendalikan peserta. Sumbangan kalian tidak dapat kami balas. Hanya Doa yang dapat kami limpahkan.

Solat tanpa Di suruh, antara perkara yang amat diimpikan oleh para ibu & bapa, salah satu dari slot KBM SSQ 5R ialah, slot lawatan ke Pusat2 serta kompleks yang berlaitan dgn kaeda Solat yang sempurna.

lihat!! bagaimana cara Ruku' peserta ini di uji dgn meletakkan secawan air di belakang badannya. ( aksi ini boleh ditiru di rumah anda )

lihat pula, apakah posisi badan anda benar2 mengikut Spesifikasi & piawaian cara Solat yang sempurna.

apakah rasional nya Sujud di atas taburan BEDAK ini?

lihat, ini rasionalnya, 7 tempat yang seharusnya menyentuh lantai tempat kita melakukan solat ( tujuh tempat itu ialah yang dahi, kedua belah tapak tangan, lutut & jari kaki )

sempat bergambar dengan peserta selepas prgm KBM SSQ Tamat.

alhamdulillah, 70% ibu bapa peserta telah datang di akhir sesi program ini. Semoga keindahan bersama Mu akan terus kekal di hati kita.

Thursday, December 4, 2008

...:::: KBM SSQ 5R ::::....


assalamualaikum....

Buat julung-julung kali nya Kelab Remaja JIM dengan kerjasama KBM EXCELLENCE, akan mengadakan program KEINDAHAN BERSAMA MU ( KBM ) + SSQ + 5R.

apa itu SSQ ??


SSQ ialah singkatan nama bagi " Solat " + " Study " + " Quran "....
program KBM kali ini bakal diterapkan bagaimana cara & kaedah solat yang disarankan oleh Rasulullah saw ( Sollu kama Roaitumuniy Usolli )...danbagaimana Solat mampu memberikan 1001 kelebihan dalam hidup kita...
Juga bagaimanakah caranya untuk kita bakal menjadi Super Muslim yang cemerlang akademik cemerlang akhirat...
dan jangan ketinggalan utk merasai betapa manisnya nikmat mendekatkan diri kita dengan Al-Quran...

Apa itu 5R ??


5R adalah 5 ciri-ciri remaja yang Cemerlang...Kelab Remaja JIM mensasarkan 5 ciri remaja yang kontemporari dan bernilai murni demi melahirkan remaja-remaja yang cemerlang...mahu tahu apa dia 5 ciri-ciri remaja cemerlang ?? ayuh daftar nama sebagai peserta...

Tempat Terhad Tau!!!

sila dapatkan Brosur / Borang Pendaftaran di LINK ini..
( http://www.sendspace.com/file/9rr9hx )

atau sila hubungi Sekretariat KBM SSQ 5R :

Kak Mia : 0126456228 ( email - mia_syadah@yahoo.com )

Abg Bai : 0197517051 ( hafizbai@gmail.com )


Bertemu kita di KBM SSQ 5R......