Tuesday, September 9, 2008

Salam Ramadhan : Salam Keberkatan...

assalamualaikum wrt....

bagaimana Ramadhan kita pada tahun ini, Doanya agar kita sama-sama dapat menghayati Ramadhan ini dengan penuh penghayatan, Bersama-samalah kita menjaga kesucian dan kemuliaan bulan ramadhan, jangan lah kita cemari bulan Allah ini dengan sisa-sisa kekotoran.

ayuh! ayuh! kita rebut peluang beramal dan pahala yang berganda di dalam bulan ramadhan ini. pastikan ramadhan kali ini lebih baik dari yang lalu.


Jangan lepaskan peluang Dan ganjaran-ganjaran yang tersedia di dalam bulan ramadhan ini, apa kata kita lihat sebentar apakah ganjaran-ganjaran yang dijanjikan di dalam bulan ramadhan.


( Sila Click di Keratan Poster ini untuk gambaran yg Lebih Besar & Jelas )


kepada semua peserta-peserta Program Keindahan Bersama Mu, jangan lupa utk kita sama-sama mengindahkan diri kita dengan bulan ramadhan ini.

Thursday, August 28, 2008

Diari Hujung Minggu ini (29 - 31 Ogos 2008)

Alhamdulillah atas nikmat iman dan islam yang dikurniakan moga sentiasa kita pelihara bersama, insyaAllah...

Diari KBM hujung minggu ini akan berada di 3 lokasi :

1. KBM di MRSM Pontian, Johor (30-31 Ogos 2008)
2. KBM di SM Tinggi, Banting (30-31 Ogos 2008)
3. KBM di SBP Integrasi Batu Rakit, Kuala Terengganu (29-30 Ogos 2008)

Buat pertama kalinya, team KBM akan berada di bumi Darul Iman untuk mencipta sejarah, menukilkan kenangan bersama anda semua, sama-sama kita indahkan hubungan kita bersama Allah swt, Rasulullah saw, Ibu, Bapa, Guru dan sahabat seperjuangan.

Mohon didoakan agar dipermudahkan segala urusan dan diberi kekuatan untuk terus berjuang...amin...

MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA!!!

Monday, August 25, 2008

KBM PAN - Pernec Advanced Network - ( batch ke dua )

Assalamualaikum wrt….

Alhamdulillah, pada 23 & 24 Ogos 2008, KBM Excellence telah berjaya mengadakan program KBM bersama staff Pernec Advanced Network di Sungai Petani Kedah. Seramai 47 orang peserta telah bersama-sama mencipta kejayaan untuk menjadi insan yang lebih menyerlah jauh dari yang biasa.

Alhamdulillah, pihak KBM Excellence telah diberi peluang buat kali kedua untuk mengendalikan program “ Spiritual Team Building “ ini. Tahniah kepada Pak Lang & abang Bai bersama dengan team KRJ Resources ( Kedah ) yang telah berjaya sekali lagi menjayakan program kali ini.

Berikut disajikan beberapa keeping gambar untuk tatapan semua.


Buku program untuk kegunaan peserta

para peserta, memberi tumpuan sepenuhnya.

ukhwah terus dibina, dakapan demi dakapan dapat dirakamkan.

indahnya ukhwah, apabila tiada rasa curiga dan bersangka buruk sesama kita.

beberapa aksi menarik semasa melalui slot Nikmat Oh! Nikmat

sebagai hamba Allah yang lemah, berdoa adalah perkara yang banyak membantu kita.
tadahkan tangan dengan bersungguh, mintalah dan rayulah dengan sepenuh keyakinan kepada Allah swt.

kebersamaan di dalam kumpulan, mampu membina " Spiritual Team Building " yang menyerlah jauh dari yang biasa.

perubahan demi perubahan, hijrah demi hijrah di lakar bersama.

tidak ketinggalan, sebagai langkah untuk meneruskan perubahan yang lebih positif, dan demi mendapatkan sokongan dari sahabat-sahabat yang lain, pihak JIM telah menawarkan peserta KBM PAN sebagai Ahli JIM Sungai Petani.

salah satu komen / penilaian yang peserta berikan kepada KBM

sebagai langkah bijak, langkah yang lebih berkesan, COO PERNEC ADVANCED NETWORK telah bersetuju utk bersama-sama peserta sepanjang program untuk terus memberi dorongan dan semangat demi merealisasikan misi syarikat dan misi kita sebagai khalifah Allah.

di dalam ucapan penutup, Tuan Hj Ariffin Bin Saidin selaku COO PAN telah menyampaikan beberapa pesanan yang sangat bermakna, diantaranya ialah...

" sebagai seorang pengurus, saya juga perlu memastikan staf-staf saya diberi pengisian ukhrawi dan diberi sentuhan-sentuhan rohani seperti yang telah dijalani oleh semua peserta KBM kali ini , moga-moga Allah swt meredhai segala usaha murni yang kita lakukan bersama "..

di antara perkara menarik di dalam prgm KBM PAN ini ialah, COO PAN telah berjaya membuat sendiri 5 klip video KBM yang baru sahaja dipelajari nya dari team JIM Sungai Petani...syabas COO PAN...

Thursday, August 21, 2008

Diari Hujung Minggu ini (22-24 Ogos 2008)

Alhamdulillah atas nikmat kurniaan sebuah kehidupan buat diri kita semua pada hari ini. Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini, insyaAllah.

Perjuangan masih tetap diteruskan dan sekali lagi kita jenguk-jenguk diari KBM hujung minggu ini.

1. KBM Pewaris Zon Tengah di Selangor (22-23 Ogos 2008)

2. KBM Korporat Pernec Advances Network (23-24 Ogos 2008)

Mohon didoakan agar segala urusan kami dipermudahkan dan sentiasa diberi kekuatan untuk terus berjuang dan beramal...amin.

Wednesday, August 20, 2008

Guess who's birthday today?


Selamat Hari Lahir buat Pak Lang, xifu KBM kita pada hari ini. Kami warga KBM mendoakan Pak Lang sentiasa sihat, murah rezeki dan sentiasa terus berjuang di jalan Allah ini.
Bagi yang lain yang turut menyambut hari lahir dalam bulan ini juga, warga KBM mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR.
Semoga usia yang Tuhan kurniakan sentiasa dimanfaatkan dan jangan lupa teruslah beramal.
Apakah yang paling dekat dengan diri kita? Kematian...
Siapakah orang yang paling bijak? Orang yang sentiasa mengingati mati...

Monday, August 18, 2008

KBM Belia Selangor

alhamdulillah, bersyukur kepada Allah swt, dengan limpah dan kurnianya, pada 16 & 17 ogos 2008, satu lagi program KBM Belia telah dianjurkan di Negeri selangor. Kehadiran pengendali KBM kali ini ialah Pak lang, abg Bai dan Amin Mokri, juga turut dubantu oleh penggerak Kelab Belia JIM ( KBJ ) Selangor serta JIM Selangor.

Se ramai 56 orang peserta telah berjaya dikumpul dan diprogram kan selama 2 hari satu malam. ayuh kita susuri pengembaraan KBM Belia ini melalui gambar-gambar yg telah disediakan.

Ini adalah gambar Bilik Urusetia ( gabungan 3 Istana ), kemudian gambar lokasi program KBM Belia Selangor, dan gambar Banner KBM Belia yang sentiasa Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa.

Buku Prgram KBM Belia JIM Selangor.

beberapa objektif, pendekatan dan pra-syarat program telah dibentangkan di awal sesi program tersebut, dan salah satu pra-syarat ialah tentang kepentingan BERDOA.

Ice Breaking antara KBJ dengan peserta KBM Belia...

Terus memecahkan Ice-Ice antara peserta dan KBJ. Kelihatan beberapa peserta terlalu seronok dengan aktiviti yg diketengahkan.

Modul 2 program KBM Belia, aktiviti yang menyeronokkan dan menyedarkan tentang kepentingan utk bersyukur atas anugerah yg Allah Kurniakan.

aksi demi aksi terus diperlihatkan, peserta semakin yakin dan bersungguh dalam melaksanakan arahan yang diberikan.

tidak puas beraksi di dalam dewan, peserta diberi peluang utk ber"Explorace" di Bukit Unggul.

Beban atau amanah yang dipikul oleh peserta ini. Kebersamaan dan bersatu padu adalah asas kejayaan.

Terus Menyusuri onak liku tanpa rasa jemu. Menyusuri jalan kampung menuju ke Bukit Unggul.

inilah dia belia-belia tunggak negara, belai-belia pewaris agama, berjuang membawa batu-batu tanpa jemu!!!

dari jalan yang rata, mendaki pula ke atas puncak.

walaupun penat, sempat menghulurkan salam ceria.

seusai mendaki, menuruni pula curam-curam yang merbahaya, berhati-hati sahabatku...

Rintangan demi Rintangan dilalaui, tugasan mencabar sentisa menanti peserta!!!

subhanallah, tidak dapat digambarkan betapa agung nya ciptaan Allah, peserta diminta melaksanakan solat asar berjemaah berlantaikan tanah. ( dari tanah kita dtg, kepada tanah kita kembali )

Seluruh ciptaan Allah, langit, Bumi, Tumbuhan dan haiwan menyaksikan doa-doa yang diminta oleh peserta-peserta KBM Belia.

hari kedua, slot yang terakhir, pelbagai pengajaran, perkongsian dan luahan telah dirasa bersama, tautan kasih sayang antara semua telah tercipta, pelukan ini menjadi satu bukti betapa indahnya ukhwah sesama kita.

teman sejati, adalah teman yang senantiasa bersama kita suka dan duka, dialah teman yang akan bersama-sama dgn kita menuju ke Syurga.


Perubahan demi Perubahan telah ditulis dan dijanjikan, sebagai tanda dan bukti bahawa sesungguhnya peserta-peserta KBM Belia ini benar-benar mahu berubah, seramai 32 orang peserta telah mengisi dan bersedia menjadi ahli JIM.

program ditamatkan dengan acara salam dan peluk, airmata membasahi antara kami satu sama lain, terasa perit dan pedihnya hati ini apabila terpaksa berpisah membawa haluan masing-masing, ingatlah sahabat ku...Bertemu dan Berpisah, hanyalah kerana Allah.

program KBM Belia tamat pada jam 1.40pm.

Thursday, August 14, 2008

Diari Hujung Minggu Ini (16-17 Ogos 2008)

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang mengurniakan segala nikmat.

Menjelang akhir tahun ini, peperiksaan buat adik-adik di seluruh sekolah semakin hampir dan warga KBM sentiasa mendoakan kejayaan adik-adik semua. Semoga secebis kenangan mengindahkan diri adik-adik bersama Allah, Rasulullah, Ibu, Ayah dan teman-teman dapat membantu adik-adik membina semangat untuk terus berusaha mencapai kejayaan, insyaAllah.

Untuk KBM hujung minggu ini, jom kita selak-selak diari :

1. KBM Belia di Nur Bukit Unggul, Jenderam Hulu, Selangor
2. KBM di Sek Men Bandar Baru Perda, Bukit Mertajam

Semoga program ini berjalan dengan baik dan mohon doakanlah kami agar terus semangat dalam perjuangan dan sentiasa diberi kekuatan untuk terus bersama anda semua.